SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan bahawa seramai 22 individu di Cyberjaya dan Klang telah dikesan dan disahkan positif wabak Influenza A semalam (9 Januari).

Ia didedahkan oleh Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman yang berkata bahawa seramai 20 orang pelajar dan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya telah mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

Menurut laporan Bernama, dalam kes yang berasingan, 2 beradik di Klang juga turut disahkan positif wabak tersebut.

“Mereka (pelajar dan guru di Cyberjaya) telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, seorang murid lelaki telah dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil”.

“Sementara itu, salah seorang daripada beradik di Klang itu juga dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan yang stabil sementara seorang lagi menerima rawatan pesakit luar dan telah dibenarkan pulang”, tambah Sha’ri.

Menurutnya lagi, siasatan awal yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan mendapati bahawa kedua-dua kes berkenaan tidak saling berkait dan tambahnya, tiada sekolah ditutup kerana wabak Influenza A di Selangor kerana keadaan masih lagi terkawal.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular