Isu tekanan emosi, stres dan kemurungan di kalangan pelajar bukan perkara baru kerana ia telah berlaku puluhan tahun lamanya.

Cuma cara seseorang pelajar itu menghadapi tekanan adalah berbeza-beza mengikut peredaran zaman. Dahulu ramai pelajar yang mengalami tekanan tetapi dapat mengatasinya dengan cara penyelesaian masalah pada zaman itu.

Namun, malangnya semakin canggih dunia dengan teknologi terkini, semakin stres pula pelajar zaman kini. Adakah disebabkan generasi muda kini terdedah dengan pelbagai isu dan perkara di media sosial menyebabkan pelajar ini berasa tertekan atau dengan sengaja mereka membuat alasan?

@akhifairuz_/Twitter

Seorang penceramah motivasi Akhi Fairuz meluahkan kebimbangan di Twitter mengenai masalah tekanan emosi yang semakin serius dan meruncing di kalangan pelajar. Lebih membimbangkan kesemua pelajar ini masih berada di sekolah rendah.

Selepas meminta para pelajar yang menghadiri program motivasinya meluahkan rasa tertekan ketika belajar di atas papan putih, Akhi Fairuz menyedari tekanan emosi mereka kebanyakannya berpunca daripada perkara yang dianggap remeh-temeh seperti masalah keluarga.

Perkara ini dianggap kecil bagi sesetengah orang terutama buat generasi zaman dahulu, namun sebenarnya ia sudah cukup membimbangkan jika tidak ditangani segera.

@akhifairuz_/Twitter

Akhi Fairuz berkata tekanan emosi pelajar ini berpunca daripada pelbagai kesulitan seperti perbandingan pencapaian akademik di kalangan ahli keluarga, serta tekanan ibu bapa dan guru yang memilih kasih.

Tulis Akhi Fairuz, “Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke hadapan dan menulis kenapa rasa tidak bersemangat belajar.”

“Jawapan yang kerap kali mereka tulis. Murid darjah lima dan bayangkan baru berusia 11 tahun tetapi sudah lalui semua ini,” tulis Akhi Fairuz dengan muat naik gambar coretan para pelajar ini.

@akhifairuz_/Twitter

Sedih melihat para pelajar sekolah rendah mengakui tertekan kerana dibandingkan dengan sepupu, dipandang rendah guru sendiri, ibu bapa dan ahli keluarga yang mendera, menjadi mangsa buli rakan-rakan serta ada yang kehilangan orang tersayang kerana terlibat gejala dadah.

Perkongsian Akhi Fairuz di Twitter mendapat perhatian lebih 12,400 retweet netizen dan lebih 9,000 tanda suka.

“Tekanan di kalangan kanak-kanak sekarang memang dahsyat. Mereka tidak ada tempat hendak luahkan,” tambah Akhi, tanpa mendedahkan butiran murid dan sekolah tersebut.

@akhifairuz_/Twitter

“Saya berani kongsi gambar tulisan pelajar ini kerana tidak dedahkan siapa pelajarnya dan dari sekolah mana,” tulisnya.

“Cukuplah kita tahu yang budak-budak hari ini menjadi mangsa kepada sistem yang berkait bermula dari rumah, sekolah, masyarakat dan negara,” luah Akhi Fairuz.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa sedih dan bimbang akan masalah yang sedang berlaku.

@akhifairuz_/Twitter

Semoga pihak yang terasa terkesan dapat mengubah diri dan melakukan sesuatu demi masa depan cemerlang anak-anak yang tidak berdosa ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular