Setiap tahun, Shen Yun Performing Arts menarik perhatian artis dan ahli profesional dalam bidang rekaan dengan persembahan daripada sentuhan koreografi asal, latar belakang animasi berinteraktif, dan pakaian couture mempesonakan.

Persembahan Shen Yun di Montreal, Kanada telah menarik perhatian pengarah pemasaran dan pereka grafik yang menonton dengan rasa pesona penuh kekaguman sambil menyaksikan sendiri keindahan set reka bentuk dan nilai-nilai yang diterjemahkan dalam seni persembahan.

“Saya sukakan warna. Saya seorang pereka grafik. Jadi, anda hanya mahu lihat latar belakang dengan warna terang dan lembut. Terutama ketika di Montreal apabila cuaca sangat sejuk dan bersalji, agak menenangkan apabila anda datang dan menonton sesuatu seperti ini. Ia sungguh positif dan penuh warna,” kata Kristy Pealow di Place des Arts di Montreal pada 4 Januari 2020.

The Epoch Times

“Saya fikir persembahan ini penuh keajaiban. Ia membawa budaya, nilai, dan sejarah pada masa yang sama. Dan saya fikir pada akhirnya itulah yang anda mahu lihat. Anda mahu mendapat inspirasi dan anda mahu melihat tradisi yang berbeza,” kata Kristy.

“Mereka bercerita akan kisah yang membawa sejarah serta nilai dan ia satu keajaiban. Ini adalah pengalaman yang mana ia adalah salah satu daripada pengalaman yang membawa anda ke dunia lain dan saya fikir anda akan menghargai setiap butiran, muzik, rupa, warna-warni dan ia satu pengalaman yang indah,” tambahnya.

Misi Shen Yun yang berpangkalan di New York adalah untuk memulihkan tamadun China berusia 5,000 tahun yang saling berkaitan dengan amalan rohani seperti Buddhisme, Taoisme, dan Konfusianisme. Kristy Pealow berpendapat aspek ini adalah salah satu yang paling berjaya dalam persembahan itu.

“Terdapat banyak unsur meditasi dan babak perlahan yang anda perlu hargai akan masa itu. Kita yang berada dalam budaya Barat, hanya berfikir perlu terus menuju ke depan, 24 jam 7 hari seminggu, dan mereka berkata seperti ini, ‘berhenti sebentar, cium bunga ros itu dan nikmatilah kehidupan.’ Jadi mesejnya sangat bagus,” tambah Kristy.

“Apa yang memberi inspirasi kepada saya tentang persembahan ini? Saya fikir ia tentang jalan penceritaannya. Terdapat banyak cerita mengenai meditasi, dan anda melihat pelbagai perkara yang sedang berlaku di dunia pada hari ini dan anda melihat bagaimana kehidupan dunia Barat adalah sangat berbeza daripada bagaimana ia berada di China sekarang,” jelasnya.

“Tetapi pada akhirnya, kita mempunyai nilai yang sama iaitu integriti dan semua mahu menjadi orang yang baik … bersikap baik hati, juga kepentingan keluarga dan tradisi . Saya rasa itulah yang kita lihat dari segi jalan penceritaan. Ia sangat memberi inspirasi,” kata Kristy Pealow.

“Saya rasa apa yang baik ialah anda dapat melihat pelbagai emosi yang berbeza, terdapat unsur humor, kesedihan, kebahagiaan, dan juga kegembiraan. Itu adalah jalan cerita yang memberitahu anda semua aspek emosi, yang sangat bagus untuk ditonton,” tambahnya.

Dari segi reka bentuk buku program sehingga pengisian cerita-cerita di atas pentas, pencinta seni dari Montreal ini menyeru Shen Yun supaya mengekalkan usaha untuk terus memberi inspirasi kepada semua warga penonton di seluruh dunia.

“Saya berpendapat pada hari ini, perkara seperti ini yang lebih kita perlukan daripada yang lain. Kita perlu memberi tumpuan kepada nilai-nilai untuk menjadi insan baik dengan hati yang tulus ikhlas dan terbuka. Itulah yang saya rasa telah berjaya mempelajarinya dari Shen Yun.”

Akhir kata daripada Kristy Pealow, “Saya sangat sukakan persembahan ini! Saya pasti akan mengesyorkannya kepada orang lain. Anda meninggalkan panggung teater dengan perasaan mendapat inspirasi.”

Tonton video di bawah :

Shen Yun Official Account/YouTube

Shen Yun Official Account/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular