SAN FRANCISCO – Penari ais untuk acara Olimpik Musim Sejuk tahun 1980, Lorna Gosvener berpeluang menyaksikan sendiri seni tarian klasik yang diadakan di War Memorial Opera House pada 4 Januari lalu.

“Ia sangat hebat. Kostum, koreografi dan atletism. Ia merupakan persembahan sempurna yang perlu disaksikan. Ia mempunyai segalanya”, ujar Lorna.

Secara ringkasnya, Shen Yun Performing Arts merupakan satu syarikat yang mengajar tarian klasik Cina yang disertai dengan orkestra secara langsung yang digabungkan daripada alatan muzik Cina dan Barat. Syarikat tersebut berpangkalan di New York dengan misi untuk kembali menghidupkan budaya tradisi masyarakat Cina di atas pentas.

“Kemahiran yang dimiliki penari itu sangat luar biasa. Adalah sangat menakjubkan untuk bertahan dalam posisi yang agak ekstrim. Ia begitu indah dan merupakan salah satu perkara terbaik yang saya boleh fikirkan. Tiada yang tidak menarik…setiap persembahan di atas pentas adalah terbaik”, jelas guru tarian ais yang juga pemenang 3 pingat emas di Canadian Figure Skating Championship.

Untuk beberapa dekad yang lalu, regim komunis China sudah mencuba untuk menghapuskan kebudayaan tradisional China, termasuklah kepercayaan spiritual dan nilai moral tradisional.

Oleh kerana itu, Shen Yun bermatlamat untuk menghidupkan kembali budaya ini dalam bentuk persembahan. Jadi ia tidak boleh dipersembahkan di China.

Lorna menyaksikan persembahan dengan suaminya, Philip.

Epoch Times

“Aspek kerohanian pada Shen Yun adalah sangat mengagumkan. Ia sememangnya indah. Saya sangat hairan mengapa seni ini tidak boleh dipertontonkan di China. Saya mengajar luncur ais dan saya mempunyai ramai pelajar Cina. Jadi saya tidak sabar untuk memberitahu mereka bahawa saya sudah menyaksikan persembahan itu. saya mahu tahu adakah mereka sudah menyaksikannya. Jika belum, saya mahu mereka datang dan saksikan keindahannya”.

Shen Yun juga menurut Lorna mengingatkannya untuk bersyukur. “Persembahan bermakna itu wajar diingati. Ia merupakan segalanya di dalam satu persembahan. Terdapat atletism, orkestra ketika persembahan itu sangat menakjubkan. Nyanyian, opera dan pemain piano sangat hebat. Ia merupakan satu perkara terbaik yang pernah saya saksikan”, tambahnya lagi.

Saban tahun, Shen Yun akan memberikan persembahan baharu dengan pasukan produksi dan muzik yang berlainan. “Saya tidak percaya bahawa persembahan ini diadakan setiap tahun. Sukar untuk dipercayai apabila mereka boleh lakukan sebanyak itu. Ia merupakan komitmen sepanjang hayat untuk melakukan sesuatu yang hebat sebegitu”, kata Lorna.

Seorang lagi penonton, Rich Jacobson, yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Jacobson Wealth Management, mendapati bahawa persembahan Shen Yun yang ditontonnya merupakan satu pengalaman yang menakjubkan.

“Banyak yang kita dapat pelajari tentang budaya masyarakat Cina melalui tarian yang dipersembahkan itu, termasuklah juga dengan aspek sejarahnya. Kesemua penari memberi persembahan yang mengagumkan. Apa yang dilakukan mereka adalah sangat hebat. Mereka membuatkannya kelihatan mudah untuk dilakukan. Saya gembira dapat saksikannya”.

Latar belakang digital yang digunakan dilihat bertukar mengikut pemandangan berdasarkan cerita dan lagenda daripada zaman China purba, ketika penari membuat persembahan. Difahamkan bahawa latar belakang merupakan ciptaan unik Shen Yun dan ianya telah dipatenkan.

Jacobson bersama Jacynthe Hamel…

Epoch Times

“Mereka gunakan kepingan filem latar belakang tersebut dan menggabungkan dengan tarian. Ia benar-benar luar biasa dan juga merupakan satu langkah yang sangat pintar”, ujar Jacobson. Latar belakang itu bukan sahaja memaparkan lanskap China bahkan pemandangan syurga.

Ketika persembahan ‘The Firmament Renewed’ yang memaparkan Pencipta telah memimpin makhluk untuk membentuk tamadun China di bumi bermula, ketika itulah Jacob tahu tentang bagaimana dewa-dewa turun untuk membentuk satu kebudayaan.

“Saya tidak mengetahui betapa banyak budaya kuno Cina yang percaya kepada konsep ketuhanan, percaya kepada Tuhan dan percaya kepada ciptaan Ilahi. Jadi, ia membuka mata saya. Ia juga membuatkan saya sedih kerana ia tidak dipersembahkan di China sekarang. Tetapi ia begitu cantik dan penting kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah mereka”, kata Jacobson.

Ternyata Jacobson tidak mengetahui tentang aspek ketuhanan yang terdapat pada kebudayaan China sehinggalah dia menyaksikan persembahan Shen Yun. Hal ini berikutan dengan usaha regim komunis di China yang mahu memusnahkan tradisi dan aspek kerohanian pada budaya terbabit.

Persembahan berkenaan turut berkesempatan disaksikan Seth Lyle, seorang pemilik syarikat pembinaan. “Ia sangat menakjubkan dan juga hebat”, jelasnya Seth yang mengagumi teknik berpusing dan bergolek yang ditonjolkan dalam senia tarian klasik Cina. Dia juga menikmati pembelajaran tentang aspek kerohanian budaya Cina.

“Saya dapat rasai semangat dan aspek kerohanian yang menginspirasikan tarian berkenaan. Saya rasa ia bukan sahaja mengenai persembahan dan penghibur kerana anda perlu benar-benar terinspirasi untuk melakukan sesuatu seperti itu. Ia juga dipenuhi dengan warna dan muzik serta bagaimana ia mempengaruhi perasaan anda. Ia sungguh hebat”, katanya.

Seth menyaksikan bersama Cathy dan juga anak mereka

Epoch Times

“Saya tidak tahu ia merupakan satu usaha untuk mengembalikan kebudayaan tradisi yang mungkin tidak begitu berkembang di China sekarang. Jadi, ia merupakan satu pengalaman dan pembelajaran untuk saya yang mendengar kisah yang diceritakan ketika persembahan itu kemudian memberitahu orang lain”, tambahnya.

“Saya rasa ia merupakan satu perkara yang penting. Dengan cara itu, barulah kita boleh menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Kita semua perlu memahami orang lain dan membiarkan setiap budaya dan agama diamalkan serta memberi ruang kepada semua untuk mengekspresi perasaan dan suara mereka. Inilah cara terbaik untuk melakukannya kerana penonton yang menyaksikannya akan mendidik diri tentang perkara yang mungkin mereka tidak tahu”, akhirinya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular