AUSTRALIA – Kebakaran hutan dan musim panas berpanjangan yang melanda daripada bulan Disember tahun lalu menyebabkan umat Islam melaksanakan solat sunat Istisqa (minta hujan).
Ia ditunaikan lebih 50 orang lelaki Muslim bersama-sama dengan kaum wanita dan kanak-kanak di Bonython Park, Adelaide pada Ahad lalu yang mendoakan agar hujan turun dan meredakan kebakaran selain membantu para petani dan mangsa yang terjejas.
Australia’s forest fires have killed many humans & 15 million animals over the past week, but this latest & new technology has not been able to control the fire.
Yesterday, Muslims and Christians prayed, then #Allah sent down the rain today.#PrayForAustralia #raininAustralia pic.twitter.com/lsWtwkul4a
— Human Rights Defene (@HRDefence) January 6, 2020
Sebelum itu, seorang juruterbang berusia 78 tahun, Dick Lang, bersama anaknya yang berusia 43 tahun, Clayton, yang merupakan seorang doktor bedah difahamkan telah terbunuh di Pulau Kangaroo, Australia Selatan.
Mereka difahamkan terkorban setelah pulang semula ke rumah bagi mengambil kelengkapan, seterusnya terperangkap kerana tidak dapat mengharungi api yang marak.
“Kami telah kehilangan dua orang ahli keluarga kami, Dick Lang dan anak lelaki bongsu, Clayton Lang, dalam keadaan yang begitu dahsyat,” kata salah seorang ahli keluarganya menerusi satu kenyataan.
Paderi, Patrick McInerney daripada pusat Hal Ehwal Kristian dan Muslim juga turut menyertai program tersebut. “Hari ini saya menyertai saudara Muslim saya di Adelaide untuk mendoakan agar hujan turun”.
Tambahnya lagi, rakannya yang merupakan seorang profesor, Mohamad Abdalla turut memberikan khutbah yang menekankan kepada kepentingan taubat dan kebergantungan kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kebakaran tersebut yang sudah memusnahkan hutan seluas 155,000 hektar diramalkan akan berterusan untuk beberapa hari. Sehubungan dengan itu, seramai 500 orang anggota bomba telah dikerahkan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran agar ia tidak merebak ke kawasan lain.
Maybe you're interested :
- CEO Goya : “Mereka mahu musnahkan budaya, sejarah dan kebebasan kita”
- Ketua Pegawai Eksekutif Parler John Matze dan Keluarga terpaksa bersembunyi setelah menerima ancaman maut dan pencerobohan keselamatan
- Penculikan serta pembunuhan terhadap pengamal Falun Gong terus berlaku di seluruh China ketika pandemik