Berpuluh-puluh haiwan termasuk spesies kera, monyet, cimpanzi, gorila dan orang utan serta beberapa spesies kelawar dan burung dibakar hidup-hidup ekoran tragedi kebakaran yang melanda sebuah zoo di Jerman pada minit pertama tahun 2020.

Kebakaran Zoo Krefeld yang terletak di barat laut Jerman itu pada mulanya disyaki berpunca daripada pembakaran bunga api yang dipasang ketika meraikan tahun baru, berlaku pada kira-kira jam 12.38 pagi ketika pihak polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

YouTube

Beberapa saksi melaporkan bahawa mereka telah melihat sebuah tanglung kertas dibakar berdekatan kawasan zoo berkenaan.

Ternyata punca kebakaran disebabkan oleh bahan ini apabila polis menjumpai tiga tanglung dengan tulisan tangan sejurus selepas kebakaran.

Polis dilaporkan menjalankan siasatan di bawah kesalahan jenayah ‘kecuaian menyebabkan kebakaran’ dan telah mengenal pasti pelakunya.

YouTube

Ekoran insiden terbabit, seorang wanita berusia 60-an dan dua orang anak perempuannya yang berusia 30-an telah tampil memberi keterangan ke balai polis Krefeld sebaik sahaja mendengar berita kebakaran zoo berkenaan.

Menurut laporan, ketiga beranak ini memberitahu mereka telah membakar tangung dengan menulis hajat di atasnya sempena sambutan tahun baru 2020 dan tidak mengetahui pembakaran tanglung di Jerman telah diharamkan sejak tahun 2009.

YouTube

Zoo Krefeld dalam satu kenyataan berkata keseluruhan rumah mawas telah terbakar dan lebih 30 ekor haiwan dengan spesies hampir mengalami kepupusan, termasuk lima ekor orang utan, cimpanzi, monyet, kelawar dan burung telah terbunuh dalam insiden tersebut.

Gorila tertua berusia 48 tahun bernama Massa turut terbunuh dalam kejadian kebakaran maut yang menyedihkan pencinta haiwan dan pengunjung zoo berkenaan.

YouTube

“Hanya dua cimpanzi yang dapat diselamatkan oleh anggota bomba. Mereka mengalami luka kebakaran tetapi berada dalam keadaan stabil,” kata Pengarah Zoo Krefeld, Wolfgang Dressen.

Susulan kejadian, persatuan perlindungan haiwan Jerman meminta agar pihak berkuasa mengharamkan penggunaan apa juga jenis bunga api dan bahan api bagi tujuan perayaan di sekitar kawasan zoo, ladang serta kandang.

YouTube

“Kebakaran maut itu adalah ‘bukti paling teruk mengenai kesan dramatik terhadap haiwan’ akibat perayaan tidak terkawal,” kata jurucakap kumpulan itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular