ACHORAGE : Gunung berapi aktif di Kepulauan Aleutian di Alaska yang diselimuti salji di bahagian puncak, dilaporkan mengeluarkan letusan debu setinggi 8 kilometer.

Jabatan pemantau Gunung Berapi Alaska memaklum letusan debu itu berlaku kira-kira 7.10 pagi waktu tempatan dan debu memenuhi udara.

Letusan debu berkenaan berlaku selama satu jam hingga 90 minit dapat dilihat dengan jelas oleh juruterbang dan turut kelihatan menerusi rakaman imej satelit yang diambil dari angkasa lepas.

Debu itu bertiup merentasi lautan kira-kira sejauh 120 kilometer di tenggara gunung berapi terbabit.

Saintis penyelaras jabatan, David Fee dari Universiti Alaska di Fairbanks berkata, insiden berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan mana-mana komuniti yang mendiami kawasan sekitar.

Malah, beliau menganggap ia adalah sebuah gunung berapi terpencil.

Dalam masa sama, Jabatan Perkhidmatan Cuaca Nasional dalam amaran mengeluarkan kenyataan memaklumkan, semua penerbangan dinasihati untuk mengelakkan laluan di sekitar Shishaldin walaupun juruterbang sebenarnya terlebih awal sudah mengelak dari melalui kawasan itu.

Walaupun letusan debu semalam masih pada kadar sederhana, keadaan di Shishaldin boleh bertukar buruk dengan sekelip mata,” kata jabatan pemantau dalam satu kenyataan umum.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular