NEW SOUTH WALES: Australia mengisytiharkan darurat terhadap seluruh wilayah tenggara negara itu yang padat dengan penduduk itu sekali gus menyebabkan lebih 100,000 diarah meninggalkan rumah di tiga negeri.

Dominic O’Brien/Getty Images

Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia itu dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi, pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman

Perdana Menteri, Gladys Berejiklian berkata, pengisytiharan itu akan berkuat selama seminggu bagi memastikan keselamatan penduduk di negeri itu.

Katanya, pihak berkuasa akan menutup jalan raya dan melakukan apa sahaja cara bagi memastikan keselamatan penduduk di negeri itu dan perintah darurat akan membolehkan penduduk melakukan pemindahan secara besar-besaran.

Ian Currie-Pool/Getty Images

“Kami mahu memastikan setiap langkah berjaga-jaga dilaksanakan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang perkara buruk yang bakal berlaku,” katanya.

Suhu di negeri berkenaan diramal melebihi 40 darjah Celsius dan angin kencang dijangka menyemarakkan kawasan kebakaran, yang sudah pun tidak dapat dikawal di seluruh Australia.

Brett Hemmings/Getty Images

Sementara itu, Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales telah mewujudkan zon cuti pelancongan dari bandar pantai Batemans Bay sehingga ke sempadan Victoria.

Semua pelancong juga digesa meninggalkan kawasan berkenaan sebelum Sabtu memandangkan suhu bakal mencecah lebih 40 darjah celsius dengan keadaan kering dan angin kencang dijangka memburukkan lagi kebakaran yang telah berlarutan selama beberapa bulan.

“Keadaan itu akan menjadi sangat bahaya. Jangan berada di kawasan tersebut,” menurut bomba.

Dominic O’Brien/Getty Images

Dalam masa sama, Menteri Pengangkutan NSW, Andrew Constance menyifatkan pemindahan terbesar di rantau itu dengan kenderaan penduduk memenuhi sepanjang lebuh raya ke arah Sydney.

Pesuruhjaya Darurat, Victoria Andrew Crisp, sebuah kapal besar membawa makanan, air dan 30,000 bahan bakar sedang belayar dari Melbourne ke bandar Mallacoota.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular