Cuaca yang terlalu panas di Adelaide, Australia baru-baru ini dilaporkan telah mencapai sehingga 40 darjah selsius dan hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan masalah bagi haiwan liar yang hidup di dalam hutan.

Misalnya seperti sebuah kisah yang dikongsikan oleh Anna Heusler yang telah ‘ditahan’ oleh seekor koala di tengah jalan ketika Heusler dan rakan-rakannya sedang menjalankan aktiviti berbasikal.

bikebug2019/Instagram

Sebaik sahaja melihat kelibat koala yang duduk di tengah jalan itu, serta-merta Heusler dan rakan-rakannya memberhentikan basikal dan cuba untuk menghulurkan bantuan kepada koala yang malang itu untuk menghantarnya semula ke kawasan hutan yang berdekatan.

Namun, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lulu (@bikebug2019) on

bikebug2019/Instagram

“Saya berhenti di atas basikal saya dan koala itu berjalan ke arah saya, dengan pantas sekali, dan ketika saya memberikannya minuman dari semua botol air kami, koala itu memanjat basikal saya,” katanya kepada 7News.

bikebug2019/Instagram

“Tiada sesiapapun yang pernah melihat sesuatu seperti itu,” tambahnya lagi.

Menurut Heusler, beruang koala Australia menderita dahaga yang teruk dalam gelombang panas.

bikebug2019/Instagram

Baru-baru ini, sebuah kebakaran yang besar juga telah berlaku di Bukit Adelaide yang menghancurkan kira-kira 25,000 hektar tanah, yang seterusnya membuatkan koala liar ini kehilangan sumber makanan dan minuman.

Menurut Jane Brister yang merupakan penyelamat koala Adelaide, dia kini menguruskan sebanyak 46 ekor koala yang telah kehilangan rumah.

“Masalah besar yang kita dapati sekarang adalah koala ini akan mengalami kebuluran… kerana sudah tiada makanan lagi,” kata Brister.

Makanan koala adalah daun kayu putih – tetapi malangnya, beribu-ribu pokok jenis ini telah hancur akibat kebakaran.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular