Sepanjang kita hidup, pasti kebanyakan daripada kita pernah berhadapan dengan situasi diminta wang daripada pengemis jalanan, bukan?

Kadang kala mereka juga akan meminta sedikit makanan untuk mengalas perut. Tidak kira di mana sahaja – di luar bank, di pasar malam, di stesen minyak dan pelbagai tempat lagi, pasti ada sahaja kemunculan pengemis.

Pada zaman sekarang, sudah banyak kes yang dilaporkan mendedahkan bahawa golongan pengemis ini sebenarnya mendapat lebih banyak wang hasil mengemis berbanding mereka yang bekerja secara tetap. Banyak pengemis yang menyamar sebagai miskin dan susah untuk meraih wang daripada orang ramai.

Namun tidak bagi seorang pengemis lelaki yang berasal dari Thailand ini, di mana dia yang merupakan seorang gelandangan difahamkan telah mendermakan kesemua kutipan duit yang diterimanya sebelum meninggal dunia kepada sebuah kuil.

Perkongsian itu telah dimuat naik oleh seorang penduduk tempatan di laman Facebook. Menurut pengguna terbabit, pengemis yang sudah lanjut usianya itu sering kali dilihat berehat dan tidur di luar kedai serbaneka, 7-Eleven yang terletak di Lob Buri.

Dia difahamkan menyara dirinya dengan mengemis di kawasan tersebut. Oleh itu, keputusannya untuk menyerahkan timbunan wang syiling yang dikumpulkan untuk digunakan oleh pihak kuil ternyata membuka mata orang ramai.

“Berehatlah dengan tenang pakcik yang tidur di kaki lima 7-E. Walaupun kamu sudah tiada, kamu masih lagi sempat meminta saudara kamu untuk menyerahkan wang simpanan ini ke kuil. Kamu memang seorang insan yang hebat”, tulis kenyataan yang dimuat naik pengguna itu.

Perkongsian tersebut sehingga kini telah menerima 30,000 reaksi daripada pengguna, di mana rata-rata pengguna mendokan kesejahteraan pengemis itu di alam seterusnya..

Facebook 

Facebook 

Facebook 

Kisah ini membuktikan bahawa tidak semua pengemis itu berniat buruk dan mahu menipu orang ramai.

Benarlah kata-kata bahawa insan yang hidup serba tidak mencukup ini lazimnya lebih memahami dan merekalah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular