Dengan ekonomi dan taraf hidup yang saban tahun semakin meningkat, ramai antara kita yang terpaksa melakukan lebih dari satu jenis pekerjaan bagi menyara kehidupan seharian.

Tambahan pula, bagi seseorang yang sudah berkeluarga, tekanan pastinya menjadi lebih ketara untuk memastikan setiap ahli keluarga dapat hidup dengan selesa.

Oleh sebab itu, kita cenderung untuk bekerja dengan tempoh masa yang lebih panjang dan dalam masa yang sama mengabaikan kepentingan masa rehat untuk diri sendiri.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter (@hidayat80) memuat naik gambar yang menunjukkan seorang penghantar makanan Foodpanda yang sedang lena di meja makan gerai.

@hidayat80/Twitter

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang melepak di kedai makan bersama keluarganya sebelum birasnya memberitahu bahawa kepala lelaki yang sedang tidur lena itu hampir terjatuh kerana posisinya yang sedang duduk bersandar di kerusi.

“Aku bangun dan tolong membetulkan kepalanya supaya dia dapat menyambung tidur dengan lena di atas meja,” tulis Hidayat dalam kirimannya yang menceritakan tindakannya pada masa itu.

@hidayat80/Twitter

Namun, apa yang lebih mengharukan adalah apabila Hidayat terlihat skrin telefon bimbit lelaki berkenaan, “aku perasan telefon bimbitnya masih terbuka aplikasi peta dan dia memakai pakaian seragam Foodpanda.”

Kasihan, jelas sekali lelaki tersebut terlena kerana terlalu penat.

@hidayat80/Twitter

Dalam kiriman yang seterusnya, Hidayat sempat menyelitkan kata-kata semangat buat lelaki yang tidak dikenalinya itu,

“Siapapun kamu saudara, nanti bangun dari lena yang sekadar itu, ketahuilah, kami berbangga dengan apa kamu ikhtiarkan untuk kehidupan. Semoga kamu dan kita, terus dalam rahmat Tuhan!”

Ternyata, kiriman Hidayat ini telah menarik perhatian ramai sehingga kirimannya ini telah mendapat sebanyak 17,948 retweet, 14,787 sukaan dan 111 komen dari warganet sehingga entri ini dihasilkan.

Rata-rata dari warganet turut mempamerkan rasa simpati mereka dan sama-sama mendoakan kesejahteraan bagi semua orang yang berusaha sehabis baik untuk menyara kehidupan.

@hidayat80/Twitter

@hidayat80/Twitter

Tahniah anak muda, semoga kita semua tidak akan berputus asa demi kelangsungan hidup kita!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular