Aspek kesenian sangat besar cabangnya dan jika seseorang itu tidak begitu memahami seni, maka agak sukar untuk menghayati hasil yang dipertonjolkan.

Apatah lagi jika melihat seseorang insan seni itu sangat leka dan bersemangat melakukan kerjanya. Misalnya menerusi filem animasi. Majoriti kita tidak kira daripada pelbagai peringkat umur sekalipun pasti menggemari filem animasi yang disajikan.

Namun kita sendiri tidak tahu kesukaran yang dihadapi oleh pasukan yang bertungkus lumus menghasilkan animasi itu sendiri. Hal ini membuatkan seorang artis pencahayaan, Dan O’Brien berkongsi contoh hasil kerjanya di laman Twitter bagi membuka mata masyarakat akan betapa pentingnya impak hasil daripada kerjanya terhadap industri filem animasi.

@OtherDanOBrien/Twitter

“Apabila saya beritahu orang lain bahawa saya bekerja sebagai artis pencahayaan untuk filem animasi, mereka lazimnya tidak memahami dan mengetahuinya”, tulisnya di Twitter. Oleh yang demikian, Dan memutuskan untuk berkongsi beberapa hasil seninya yang dikenali sebagai ‘Spies in Disguise’.

Berikut merupakan hasil animasi sebelum dan selepas daripada Dan :

Twitter

Twitter

Twitter

Twitter

Twitter

Twitter

Twitter

Secara ringkasnya, artis pencahayaan merupakan sebahagian daripada pasukan animasi digital yang bertanggungjawab untuk memberi kesan visual pada babak di dalam animasi, selain turut menambah cahaya secara maya bagi meningkatkan visual pada objek dan watak pada filem animasi.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular