- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Dr Maszlee Malik umum letak jawatan – “Saya taat setia dan reda walaupun berat, dengan nasihat ayahanda Perdana Menteri,”

PUTRAJAYA –¬†Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuat kuasa pada 3 Januari 2020. Keputusan tersebut dikatakan dibuat selepas beliau menerima nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat, dengan nasihat ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 “.

 

Tambah beliau lagi,¬†“Keputusan ini dibuat selepas saya dilihat bukan melalui pencapaian. Kementerian Pendidikan sering jadi perhatian terutama media bukannya melalui pencapaian kita, apa yang berlaku selama 20 bulan ini yang tidak dicapai pada tahun sebelum ini”.

Beliau turut menyatakan bahawa sejak beliau menerajui kepimpinan sebagai Menteri Pendidikan, banyak krisis yang telah berlaku seperti isu tulisan Jawi, internet sekolah dan juga sarapan percuma. Pelbagai isu sensitif sengaja diperbesarkan dan menjadi tajuk pilihan pihak media massa sekali gus menjadikan dirinya sebagai menteri yang menimbulkan paling banyak krisis meskipun banyak pencapaian yang beliau raih sepanjang menjadi Menteri Pendidikan.

Antaranya bacaan semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pemerkasaan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), dasar inklusif untuk Murid Berkeperluan Khas, warga B40, anak tiada dokumen dan Program Sifar Murid Cicir (PSMC). Bagaimanapun, Maszlee yakin keputusan perletakan jawatannya ini bukanlah menggambarkan sebuah pengakhiran tetapi dianggap sebagai satu permulaan baharu.

Beliau mengumumkan keputusan berkenaan dalam sidang media khas di ruang legar kementeriannya yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan pengurusan tertinggi kementerian berkenaan.

Kata bekas pensyarah itu lagi, “Bukan mudah untuk seorang yang tiada latar belakang politik dan seorang daripada aliran akademik diberikan peranan mengemudi kementerian sebesar ini, yang mana jika kita lihat lebih dihujani isu politik berbanding isu pendidikan semasa”.

Ketika ditanya mengenai pengganti beliau yang bakal memimpin kementerian, Dr Maszlee Malik menyatakan harapannya agar penggantinya itu mampu memberikan sinar dan nafas baharu kepada negara Malaysia tercinta.

loading...