Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dikhabarkan akan meletakkan jawatan dalam kabinet pada hari ini.

Ia berdasarkan daripada tiga sumber berasingan terdekat dengan menteri tersebut, di mana Dr Maszlee didapati telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tengah hari tadi.

Menurut pegawai rasmi, beliau (Dr Maszlee) telah menyerahkan surat perletakan jawatan hari ini dan Perdana Menteri telah menerimanya. “Beliau kini sedang bermesyuarat dengan kakitangan dan akan mengumumkan keputusannya pada satu sidang media pada petang ini”.

Ditanya mengenai alasan di atas perletakan jawatan tersebut, ketiga-tiga sumber terbabit tidak memberikan apa-apa respon dan memilih untuk mengunci mulut. Difahamkan bahawa satu sidang media khas akan diadakan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada jam 4:30 petang kelak.

Beliau yang merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebelum ini merupakan seorang bekas pensyarah dan telah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Menteri Pendidikan bagi menerajui portfolio berkenaan pada tahun 2018.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular