Tidak perlu dikhabarkan lagi tentang penangan si raja buah iaitu buah durian, memandangkan buah durian sememangnya sangat dikenali khasnya buat masyarakat di rantau Asia Tenggara.

Pilih sahaja jenis daripada Musang King, IOI, udang merah, D24 dan macam-macam lagi, pasti anda tidak akan menyesal!

Tapi tidak bagi seorang pemuda, Simon Wilson yang berasal dari Wales ini, di mana dia yang sangat dikenali di laman sosial berikutan dengan video yang dihasilkannya mungkin berasa menyesal kerana mencuba raja buah ini.

Simon Wilson/Facebook

Ketika dia berada di Singapura baru-baru ini, dia telah mengambil peluang untuk cuba merasa sendiri buah durian tersebut memandangkan ia telah dicadangkan oleh rakannya, Brett.

Dalam perjalanannya menuju ke rumah Brett, dia yang menaiki teksi sempat juga bertanya tentang durian kepada pemandu berkenaan.

“Maafkan saya, kamu tahu ‘durian’? Rakan saya cakap ianya agak menjijikkan”, Tanya Simon. Pemandu itu kemudian ketawa sambil menjawab bahawa durian bukan sesuatu yang digemari oleh masyarakat Barat khususnya.

Simon Wilson/Facebook

“Mengapa pula?’, soal Simon lagi. Pemandu itu menjelaskan bahawa baunya yang kuat menyebabkan ramai yang berasa tidak senang dengannya. Pemandu itu juga sempat menceritakan pengalaman peserta rancangan Fear Factor yang sanggup memakan apa sahaja (termasuklah tikus) tetapi tidak durian.

Tambahnya lagi, sebiji durian yang agak elok berharga lebih kurang $50-60 (RM151-182) di Singapura. Pendedahan itu ternyata mengejutkan Simon yang berpendapat bahawa jumlah tersebut agak tinggi untuk harga buah. Setelah tiba, Brett kemudiannya membawa Simon ke kedai durian.

Simon Wilson/Facebook

Sewaktu dalam perjalanan, Simon menjelaskan bahawa dirinya berasa agak gementar untuk mencuba durian. Setibanya di kedai, Simon sudah boleh menghidu bau durian yang kuat walaupun dia masih lagi berjalan menuju ke kedai tersebut.

Simon memutuskan untuk mencubit sedikit sahaja daripada isi buah durian itu. Daripada riak wajahnya setelah merasai buah durian, ternyata dia agak menyesal. Walaupun hanya merasa sedikit, ianya sudah cukup ‘berkuasa’ untuk menyebabkan Simon berasa loya hingga terbatuk.

Begitulah reaksi Simon ketika cuba merasai buah durian yang sememangnya digemari majoriti masyarakat di Malaysia. Rugi betul Simon, bukan? Jom saksikan video penuh Simon di bawah :

Simon Wilson/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular