SHANGHAI – Sebuah rangkaian restoran, Real Kungfu telah dikenakan saman yang difailkan oleh syarikat yang diuruskan oleh anak perempuan Bruce Lee kerana menggunakan imej lagenda seni bela diri berkenaan pada logo restoran itu tanpa izin.

Twitter

Syarikat Bruce Lee Enterprise yang dikelolakan oleh anak perempuannya, Shannon Lee telah menuntut pampasan di mahkamah yang terletak di Shanghai sebanyak 210 juta Yuan (RM124 juta), selain mendesak agar restoran itu menghentikan penggunaan imej logo dan membayar kos guaman bernilai 88,000 Yuan.

Restoran yang diasaskan pada tahun 1990 dan berpangkalan di Guangzhou itu difahamkan menjalankan perniagaan menjual hidangan nasi dalam mangkuk gaya China itu juga diminta untuk mengeluarkan pengakuan bahawa ia tidak ada kaitan langsung dengan Bruce Lee.

Twitter

Setakat ini, rangkaian restoran berkenaan mempunyai cawangan di 57 buah bandar di seluruh China. Logo yang dimaksudkan itu memaparkan lelaki berbaju lengan panjang bewarna kuning dan menunjukkan aksi sedia untuk menyerang – mirip gaya popular Bruce Lee.

Pihak restoran dalam tindak balasnya menerusi akaun Weibo pula berkata bahawa mereka keliru dengan saman tersebut memandangkan logo itu sudah digunakan selama 15 tahun. Sungguhpun timbul beberapa isu pada masa lalu, penggunaan logo itu telahpun diluluskan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, kes saman berkenaan timbul selepas negara berkenaan berikrar untuk memperbaiki isu hak cipta dan perlindungan harta intelek serta akan mengenakan hukuman penalti yang lebih berat kepada pesalah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia BISNES GLOBAL

Video Popular