Di mana sahaja Shen Yun Performing Arts berada dalam jelajah dunia, sudah pasti kumpulan ini akan terserempak dengan percubaan rejim Parti Komunis China untuk menggagalkan persembahan mereka.

Selama 13 tahun, syarikat tarian klasik Cina tersebut telah menjelajah seluruh dunia mempamerkan kisah ketamadunan masyarakat Cina berusia 5,000 tahun.

Walau bagaimanapun, Shen Yun telah menimbulkan kemarahan rejim China apabila terdapat adegan di atas pentas teater yang mendedahkan penganiayaan terhadap kumpulan kerohanian Falun Gong.

The Epoch Times

Sejak tahun 1999, para pengikut Falun Gong menjadi subjek utama kempen Beijing untuk menangani dan menghapuskan amalan kerohaniaan ini dengan melibatkan penangkapan tanpa sebab dengan sewenang-wenangnya, buruh paksa, pendidikan semula, penyeksaan, malahan sehingga menyebabkan kematian.

Dalam usaha untuk menghentikan pendedahan mengenai penganiayaan terhadap pengamal Falun Gong, rejim China secara konsisten membuat percubaan licik untuk membatal atau melemahkan persembahan Shen Yun di seluruh dunia sejak syarikat itu mula melakukan jelajah dunia pada tahun 2006.

Sebagai sebahagian kempen gangguan secara meluas terhadap Shen Yun, konsulat China dan kedutaannya telah menimbulkan tekanan ke atas syarikat teater dan kerajaan negara-negara terlibat untuk membatalkan persembahan Shen Yun.

Terdapat beberapa kes yang telah dirakam dan didedahkan menunjukkan taktik licik yang telah digunakan rejim China yang bertujuan menutup mulut-mulut pendukung keadilan yang bersuara lantang untuk mendedahkan pelanggaran hak asasi dan penganiayaan rejim seperti terhadap etnik Muslim Uighur dan masyarakat Buddha Tibet.

Gangguan terbaru adalah sepert berikut:

Tekanan konsulat di Sepanyol

Pada bulan Januari, buat pertama kalinya Teater Diraja Madrid, Sepanyol telah membatalkan persembahan Shen Yun seminggu sebelum tarikh bermula dengan alasan ‘masalah kesukaran teknikal’.

Walau bagaimanapun, intipan panggilan telefon kepada Kedutaan China di Madrid yang dilakukan oleh ‘World Organization to Investigate the Persecution of Falun Gong’ (WOIPFG), sebuah pertubuhan bukan berasas keuntungan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa alasan itu dibuat selepas pihak konsulat China telah berjaya menekan teater itu untuk menarik balik jadual dan membatalkan persembahan.

Pemanggil tersebut yang mengintip dengan menggunakan pangkat pegawai atasan rejim China telah bercakap dengan seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Lu Fan, duta China ke Sepanyol, demikian yang telah dilaporkan oleh WOIPFG.

Dalam rakaman audio perbualan telefon tersebut, Lu Fan menjelaskan bagaimana beliau telah meyakinkan Pengurus Besar Teater Diraja Madrid untuk membatalkan persembahan Shen Yun dengan memberi amaran kepada pihak pengurusan teater itu ‘tidak akan mampu menanggung akibat kehilangan pasaran dari China kerananya.’

Tekanan konsulat di Holland

Pada bulan April, media tempatan Belanda mendedahkan percubaan diplomat China untuk meyakinkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri negara tersebut untuk membatalkan persembahan Shen Yun yang telah dijadualkan pada bulan Mei.

Akhbar Algemeen Dagblad melaporkan pada 18 April dengan memetik, “Hanya kerana program Shen Yun memaparkan bagaimana rejim China telah menindas kumpulan kerohanian Falun Gong, maka pihak diplomat China telah bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Holland dan meminta persembahan Shen Yun dibatalkan.”

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Holland kemudian memberi maklum balas dengan berkata keputusan kerajaan membatalkan persembahan adalah tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan Teater Nieuwe Luxor di Rotterdam.

Pengurusan Teater Nieuwe Luxor kemudian telah memutuskan persembahan Shen Yun akan diteruskan.

The Epoch Times

Tekanan konsulat di Denmark

Di Denmark, satu laporan stesen radio Radio24syv pada tahun 2018 mendedahkan bukti bahawa Kedutaan China telah memberi tekanan kepada pihak pengurusan Teater Diraja Denmark di Copenhagen untuk tidak menyewakan tempat persembahan itu kepada Shen Yun.

Syarikat yang berpangkalan di New York itu telah berusaha untuk mengadakan persembahan di Teater Diraja Denmark selama 10 tahun tetapi berulang kali telah ditolak dengan dakwaan bahawa tahap artistik syarikat itu masih tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak pengurusan teater.

Menurut satu e-mel yang diperolehi oleh syarikat, salah seorang kakitangan teater memberitahu kakitangan lain bahawa mereka telah bertemu dengan pihak Kedutaan China pada bulan Ogos 2017.

E-mel tersebut mendedahkan, “Mereka (dari pihak Kedutaan China) mengakhiri pertemuan tersebut dengan bertanya sama ada pihak kami mengadakan perbincangan dengan Shen Yun, dan meminta agar pihak kami tidak membenarkan Shen Yun menyewa kemudahan kami.”

Wartawan yang menyiasat kebenaran cerita dari e-mel itu, Thomas Foght berkata, semasa perbahasan di Parlimen Denmark pada bulan April, telah mengetengahkan betapa sukarnya Shen Yun mendapat akses mengadakan persembahan di Teater Diraja Denmark selama 10 tahun.

Ekoran laporan Thomas Foght, Pengarah Teater Morten Hesseldahl dan Menteri Kebudayaan Denmark, Mette Bock memberi penjelasan serta menafikan tuduhan bahawa terdapat pengaruh dari China dengan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui tentang terdapat apa-apa tekanan dari Kedutaan China.

Tonton rakaman video di bawah :

Maybe you're interested :

Share

Video Popular