Bagi peminat komik Marvel seperti X-Men, Superman atau Fantastic Four pastinya kenal dengan figura terkenal yang menghasilkan komik tersebut. Siapa lagi kalau bukan penulis komik dari Filipina, Gerry Alanguilan.

Alanguilan walau bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia pada usia 51 tahun dan berita tersebut disahkan sendiri oleh isterinya, Ilyn.

Gerry Alanguilan/Facebook

“Kepada semua orang yang telah menyayangi Gerry, terima kasih banyak. Anda membawanya begitu banyak kegembiraan,” kata Ilyn Alanguilan di Facebook.

Alanguilan sebelum ini sangat terkenal dengan hasil karyanya seperti Wetworks, X-Men, Superman: Birthright, Wolverine, dan Fantastic Four (yang ditulis bersama Leinil Francis Yu). Beliau juga menghasilkan komik-komik seperti Johnny Balbona, Humanis Rex!, ELMER, Timawa dan Where Bold Stars go to Die yang sangat terkenal di Filipina. Selain itu, beliau terkenal dengan buku bertajuk Elmer yang diterbitkan oleh Komikero Publishing.

Gerry Alanguilan/Facebook

Tidak hanya itu karya beliau sering mendapat pengiktirafan dan menang pelbagai anugerah utama termasuklah Anugerah Einser untuk “Best Graphic Album: New” pada tahun 2011. Pada tahun 2009, Alanguilan telah menghasilkan sebuah video yang akhirnya menjadi tular di YouTube bertajuk “Hey Baby” yang telah ditonton lebih daripada 6.4 juta kali.

Gerry Alanguilan/Facebook

Ketua editor Marvel, C.B. Cebulski turut merakamkan rasa takziahnya melalui Twitter dengan mengatakan; “Amat menyedihkan apabila mendengar mengenai pemergian Gerry Alanguilan. Seorang lagi orang hebat telah pergi. Seorang penulis dan editor grafik yang sangat berbakat, mentor kepada artis muda dan penyokong komik global, dunia komik dan komuniti seni Filipina kehilangan kawan dan hero hari ini.”

Walau bagaimanapun sehingga kini kematian Alanguilan masih tidak diketahui.

Video yang pernah tular menarik pelbagai reaksi warganet menjadikan beliau sebagai salah satu ikon meme:

Komikero/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular