GEORGETOWN: Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di semua restoran dan premis makanan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kerajaan tidak akan melanjutkan lagi tempoh larangan merokok seperti tahun ini.

Gambar Hiasan/Photo-AC

“Kerajaan telah melanjutkan tempoh larangan merokok hingga hujung tahun ini bagi tujuan mendidik rakyat Malaysia terutama bagi perokok tegar.

“Sebanyak 5,000 kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan akan menjalankan tindakan undang undang kepada mereka yang masih degil merokok di kawasan larangan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Seminar Penyelesaian Antimikrobial di USM Sungai Dua Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dalam tempoh yang diberikan ini dapat mendidik orang ramai untuk tidak merokok di kawasan larangan dan jika ada yang masih berdegil, tindakan saman akan diambil.

“Mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150, jika denda itu dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.

“Kalau degil (dan) tidak mahu bayar boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000,”katanya.

Ketika ini terdapat 21 peratus rakyat Malaysia merokok dan 79 peratus pula tidak merokok.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular