JAKARTA: Penduduk Indonesia berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna dikenali sebagai gerhana matahari cincin.

Memetik bangka.tribunnews.com pembentukan fenomena unik itu boleh dilihat di Indonesia pada 26 Disember.

Gerhana Matahari tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.

Keadaan itu menyebabkan matahari akan kelihatan menyerupai seperti cincin iaitu gelap di bahagian tengahnya manakala bahagian tepinya dipancar dengan cahaya matahari.

Selain Indonesia beberapa kawasan bumi di Malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin yang bermula dari Arab Saudi, UAE, Oman, Sri Lanka, kepulauan India dan Singapura.

Sebelum ini, pada Mac 2016, masyarakat Indonesia menyaksikan Gerhana Matahari dan fenomena gerhana itu berlaku di Pantai Tanjung Kelayang, Kabupaten Belitung.

Fenomena itu yang pernah berlaku 21 tahun lalu di Malaysia dijangka berlaku untuk tempoh antara dua minit 30 saat hingga tiga minit 30 saat, bergantung kepada lokasi.

Malah, factor lain yang bakal menentukan kejelasan pembentukan anulus dalam bahasa Latin atau cincin itu adalah taburan awan, jerebu dan kemungkinan hujan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular