Perubahan cuaca sejuk di Thailand terutama di bahagian utara telah meragut nyawa seorang lagi mangsa selepas kematian seorang bapa kepada dua orang anak perempuan akibat cuaca sejuk beberapa hari sebelumnya.

Beberapa bahagian Thailand terus dilaporkan mengalami perubahan suhu dengan penurunan mendadak seperti di bahagian utara dengan catatan suhu sehingga 10°Celsius baru-baru ini.

Beberapa hari yang lalu, wilayah Chaiyaphum yang terletak di utara Thailand telah melaporkan satu lagi kes kematian seorang wanita akibat kesejukan dalam tidur ekoran perubahan cuaca sejuk mendadak.

Media melaporkan, mayat wanita berusia 57 tahun telah ditemui membeku pada jam 7 pagi dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember.

Siasatan pihak polis dan forensik menunjukkan wanita ini telah maut disebabkan dia memasang kipas berdiri yang diarahkan kepadanya sepanjang malam tanpa memakai apa-apa pakaian tebal dan selimut.

Wanita ini hanya tidur dengan memakai singlet hitam dan berseluar pendek tanpa berselimut tebal untuk membuat dirinya menjadi hangat sepanjang malam.

Saudara lelaki kepada wanita ini memberitahu pada malam kejadian, dia telah meminum alkohol ketika waktu makan malam sebelum masuk tidur dalam keadaan separuh sedar dan dipercayai telah menghidupkan kipas kerana terasa panas.

Pada keesokan pagi, kakak mangsa berasa sesuatu tidak kena apabila adiknya itu tidak bangkit daripada tidur seperti biasa untuk menyediakan sarapan.

Semasa cuba membangkitkan mangsa, dia didapati tidak memberi apa-apa tindak balas dan terbaring kaku di atas tilamnya dengan kipas masih terbuka dalam suhu takat rendah. Kakak mangsa yang menyedari adiknya tidak lagi bernyawa telah segera menghubungi pihak polis.

Polis telah bergegas ke rumah wanita ini apabila mendapati mangsa telah tidur di atas tilamnya tanpa pakaian tebal dan selimut yang hangat dengan sebuah kipas terarah kepadanya dalam cuaca sejuk. Penyebab kepada kematian wanita ini akibat kesejukan dalam cuaca sejuk.

Kematian wanita berkenaan akibat kesejukan dalam cuaca sejuk adalah yang kelima dicatatkan di Chaiyaphum ketika ketibaan musim sejuk di negara beriklim monsun itu.

Keadaan cuaca sejuk yang tidak boleh dipandang ringan kerana seseorang perlu memastikan diri terus berasa hangat ketika suhu turun dengan mendadak walaupun berada di negara beriklim panas sepanjang tahun.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular