JAKARTA: Seorang pemuda Indonesia melahirkan rasa menyesal dengan perbuatannya yang menjadi perokok tegar sehingga memakan dirinya sendiri.

Namun akibat menjadi perokok tegar sejak 2006, Özil Seam Firdaus terpaksa terlantar dan tidak mampu menjalani kehidupan normal seperti insan lain.

Lebih memilukan, dadanya ditebuk bagi membuang lebihan cecair di paru-parunya.

Facebook | Özil Seam Firdaus

Malah pemuda itu juga tidak lagi mampu bekerja untuk menyara hidup tetapi hanya mampu terlantar di katil.

Perkara berkenaan dikongsi di laman facebook miliknya dan disaksikan kira-kira 12,000 pengguna sosial dan mendapat lebih 400 komen.

Sebelum ini Ozil mendakwa dengan merokok dia kelihatan lebih bergaya dan memperlihatkan diri sedang bahagia jika merokok.

Namun kini angkara perbuatan yang tidak manfaat itu seolah-olah membakar wang akhirnya merugikan diri sendiri.

Sehubungan itu dia menasihatkan supaya individu yang merokok berhenti meneruskan amalan berkenaan kerana perbuatan tersebut langsung tidak membawa manfaat sebaliknya merugikan diri sendiri.

Lebih menyedihkan mengambil masa yang agak panjang untuk proses penyembuhan seperti yang dilalui buat masa ini.

Di Indonesia kira-kira 51.1 peratus rakyat Indonesia merupakan perokok aktif daripada pelbagai peringkat umur sekaligus menjadi bilangan perokok paling tinggi di negara ASEAN.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular