JAKARTA: Kementerian Pertanian Indonesia mengesahkan wilayah Sumatera utara dilanda demam khinzir Afrika pada 12 Disember lalu.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) memaklumkan perkara demikian selepas Kementerian Pertanian Indonesia meminta supaya pihaknya memberikan cadangan untuk mengawal wabak.

Menurut FAO, penyebaran wabak berkenaan dikesan selepas ribuan khinzir yang mati di wilayah berkenaan sejak September lepas.

Sebelum ini, wabak demam khinzir Afrika dikesan sejak Ogos 2018 dan bermula di Mongolia, Korea Utara, Korea Selatan, China, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Timur Leste.

Indonesia merupakan negara ke-11 di Asia yang diserang wabak demam khinzir Afrika.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular