HEILONGJIANG: Kira-kira 16 pengamal Falun Gong di bandar Daqing, dijatuhi hukuman penjara antara tempoh bulan Julai hingga September tahun ini, hampir setahun selepas mereka ditahan dalam operasi besar-besaran.

Falun Gong, sebuah amalan rohani yang berdasarkan pada prinsip Sejati, Baik dan Sabar yang mana telah menjadi sasaran rejim China untuk dihapuskan sejak Julai 1999.

Brendon Thorne/Getty Images

Pada 9 November 2018, lebih 100 orang pengamal Falun Gong ditahan di Daqing dan Harbin.

Pihak berkuasa turut memantau telefon bimbit mereka dan aktiviti media sosial sebelum membawa kepada penahan pengamal berkenaan.

Kesemua tahanan diberkas pada awal pagi sebelum mereka keluar bekerja dan polis turut menggeladah rumah mereka serta merampas buku dan computer pengamal amalan rohani berkenaan.

Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Heilongjiang, Yang Bo, yang dipertanggungjawab memantau pergerakan tahanan berkata, pihaknya memantau setiap masa dan membuat pemantauan hampir setiap hari untuk menyiasat semua tahanan pengamal.

ROBYN BECK/AFP via Getty Images

Katanya semua pengamal lelaki diletakkan di Pusat Tahanan No.1 Daqing, manakala pengamal wanita di Pusat Tahanan 2 di wilayah berkenaan.

Yang Bo Bersama timbalan ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Politik dan Perundangan (PLAC) Wilayah Heilongjiang (PLAC) dan ketua Pejabat 610, Gu Songhai sentiasa mengadakan kelas ‘brainwashing’ di pusat tahanan berkenaan.

Malah semua tahanan dipaksa menonton video yang memfitnahkan pengasas Falun Gong. 

PLAC dan 610 Pejabat kedua-dua agensi yang ditugaskan menganiaya pengamal Falun Gong.

Bagi melemahkan dan menjadikan tahanan berubah hati, Yang Bo dan Gu juga memerintahkan pusat penahanan untuk menghadkan kemudahan di pusat tahan berkenaan dan keperluan harian terutama tisu tandas.

Pada Disember tahun lalu selepas sebualan disoal siasat pasukan polis memindahkan kes-kes berkenaan kepada Pengadilan Daerah Ranghulu.

Kesemua tahanan akan dikenakan penjara antara tempoh setahun hingga lapan tahun.

Seorang mangsa tahanan Lu Guanru dan isterinya Chen Liping sanggup melakukan mogok lapar bagi membantah penganiayaan sehingga mengakibatkan lelaki berkenaan mengalami kegagalan jantung dan pendarahan dalam perut.

Pihak berkuasa bagaimana enggan membebaskan walaupun berada dalam keadaan kritikal.

Daripada 16 tahanan yang terdiri tujuh lelaki dan sembilan perempuan itu didakwa antara bulan Mac dan Jun lalu.

Namun 12 daripada pengamal berkenaan dikenakan denda sebanyak antara 20,000 hingga 40,000 yuan oleh mahkamah.

Lapan daripada pengamal telah membuat rayuan namun ditolak oleh Mahkamah Perantaraan Kota Daqing dan lima yang lain menunggu hasil rayuan mereka.

Kesemua lima pengamal wanita itu telah dipenjarakan di Penjara Wanita Wilayah Heilongjiang manakala tiga pengamal lelaki pula dihantar ke Penjara Hulan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular