BERLIN – Pihak pengurusan sebuah zoo di Jerman yang bercadang untuk menamakan sepasang anak panda yang baru dilahirkan sebagai ‘Hong’ dan ‘Kong’, menerima reaksi negatif daripada pengguna media sosial dari China ekoran ia dilihat sebagai tanda sokongan terhadap gerakan pro-demokrasi di Hong Kong.

Sebelum itu, Zoo Berlin telah memberi peluang kepada pembaca akhbar tempatan di sana, Tagesspiegel untuk mengundi nama panda yang mereka suka, di mana pilihannya terdiri daripada Yin dan Yang, Ping dan Pong, Plisch dan Plum, Max dan Moritz, selain Hong dan Kong yang muncul sebagai pilihan ramai pembaca.

Tidak lama selepas itu, satu akhbar terlaris di sana, BILD, yang turut memilih nama ahli politik itu turut menulis bahawa panda merupakan ‘alat’ sukarela China untuk memenangi hati dan minda masyarakat di Barat selain menjadikan mereka buta terhadap jenayah yang dilakukan.

Sean Gallup/Getty Images

Kedua-dua anak panda berkenaan bersama ibu mereka, Meng Meng, dan juga bapa mereka, Jiao Qing merupakan pinjaman dari China, di mana mereka telah tiba di zoo tersebut pada musim panas tahun 2017. Difahamkan pihak zoo telah membayar sebanyak $1 juta setahun untuk meminjamnya – sebahagian besar wang disalurkan ke program penyelidikan pemuliharaan dan pembiakan di China.

Menurut The Times, jumlah bayaran itu kini meningkat ekoran dengan kelahiran anak panda tersebut namun jumlahnya tidak dapat dipastikan. Terkenal dengan ‘diplomasi panda’nya, China telah menghantar khazanah kebangsaannya kepada kira-kira sedozen negara sebagai simbol hubungan rapat.

Cadangan nama Hong dan Kong itu difahamkan telah mengundang rasa amarah dalam kalangan pengguna media sosial di China, di mana mereka mahu panda itu dihantar semula ke China ekoran penghinaan oleh Jerman terhadap mereka.

Namun setelah 100 hari kelahiran panda dalam tradisi Cina, anak panda jantan berkenaan secara rasmi dinamakan sebagai Meng Xiang – yang bermaksud impian yang dicita-citakan dan Meng Yuan yang bermaksud impian telah tercapai.

Sean Gallup/Getty Images

Datuk bandar Berlin, Michael Müller, dan duta besar China, Wu Ken turut hadir bagi menyaksikan kedua-dua anak panda berkenaan. “Saya ingin tahu apakah nama mereka dan saya seronok apabila penduduk di Berlin menjadikan ianya kejutan buat saya”, kata Müller.

Dalam satu kenyataan, pihak zoo menyatakan bahawa anak panda tersebut akan tinggal bersama di Berlin selama dua hingga empat tahun yang akan datang sehingga mereka boleh dipisahkan daripada ibunya, di mana mereka akan dikembalikan ke China.

Walaupun nama diberikan kepada anak panda tersebut bukanlah daripada nama ahli politik, sungguhpun begitu, beberapa aktivis Hong Kong telah ditangkap. Menurut laporan BILD, aktivis Hong Kong, Joshua Wong meminta zoo Berlin untuk menamakan anak panda tersebut sebagai ‘Democracy’ dan ‘Freedom’.

Anak panda berkenaan yang langsung tidak tahu menahu tentang pergolakan yang berlaku di Hong Kong kini sedang sibuk belajar berjalan sebelum mereka bakal dipamerkan kepada orang awam di zoo berkenaan pada bulan Januari tahun hadapan.

China sebelum ini telah memberikan tiga ekor panda ke Jerman namun panda terakhir, Bao Bao yang berusia 34 tahun difahamkan telah mati pada tahun 2012, di mana Bao Bao merupakan panda jantan tertua direkodkan di dunia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular