Gunung berapi terkenal di New Zealand yang terletak di White Island, dilaporkan meletus dalam skala sederhana pada jam 2.11 petang Isnin.

Semasa kejadian, dilaporkan seramai 47 orang pelancong sedang berada di kawasan gunung dan menerusi rakaman secara langsung, kira-kira 12 orang pendaki sedang berjalan di kawah sebelum imej menjadi gelap sebaik sahaja letusan berlaku, lapor Agensi Pengurusan Bencana.

YouTube

Sehingga hari ini, seramai 5 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia, lapan orang hilang dan 31 orang mengalami kecederaan kritikal.

“Skala tragedi ini amat dahsyat,” kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam sidang parlimen. “Kami sentiasa bersama dengan keluarga mangsa yang meninggal dunia, hilang atau cedera.”

Antara mangsa yang terlibat dalam tragedi ini adalah warganegara dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jerman, Malaysia dan New Zealand.

YouTube

“Untuk sahabat antarabangsa kami, kami akan melakukan segalanya untuk menyokong anda kerana anda telah menyokong kami pada masa lalu,” tambah Ardern lagi.

Disamping itu, Ardern juga memberi perhargaan kepada juruterbang dan anak kapal bagi tiga buah helikopter yang dikejarkan ke pulau berkenaan selepas letusan mengejut itu berlaku untuk operasi menyelamat segera.

Gunung berapi White Island adalah salah satu tarikan terkenal di negara itu telah meletus secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular