KUALA LUMPUR – Pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia Kamaruddin Ismail atau nama panggilan Kamn Ismail meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Menurut kenyataan laman media sosial Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas), arwah menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang akibat serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Keluang Man/Facebook

Sepanjang penglibatan dalam animasi, Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

Pada 1997, beliau mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

“Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melalui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu,” laman Facebook Animas memetik.

Animas/Facebook

Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipur lara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara.

Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan handai taulan Allahyarham Kamaruddin Ismail. Al-Fatihah.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular