Seorang lelaki berusia 36 tahun dari China dilaporkan menemui ajalnya selepas tidak sedarkan diri dalam satu sesi temuduga pekerjaan. Lelaki yang berasal dari Hangzhou dikatakan sedang menghadiri sesi temuduga untuk jawatan kosong di sebuah syarikat pada 26 November lalu.

Pexel | Ruslan Burlaka

Bagaimanapun, lelaki berkenaan didapati pengsan tidak sedarkan diri di hadapan penemubual sekali gus menyebabkan panggilan kecemasan segera dibuat. Sebaik sahaja tiba di hospital, doktor yang memeriksa keadaan lelaki ini memaklumkan bahawa anak matanya sudah membesar sehingga ke bahagian hujung mata manakala jantungnya pula sudah berhenti berdegup.

Pexel | Freestock.org

Memetik kenyataan salah seorang doktornya iaitu Dr Shi Hong Wei, mangsa disahkan mati akibat kegagalan fungsi jantung secara mengejut. Dr Shi turut memaklumkan China Press bahawa individu yang berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini adalah golongan pesakit tekanan darah tinggi dan juga pesakit jantung koronari. Namun, Dr Shi mendedahkan risiko ini juga boleh berlaku kepada individu yang sihat.

Sementara itu, menurut kenyataan penemuduga, mangsa ada memberitahunya bahawa dia sering kerja lebih masa dan pulang lewat malam di tempat kerja lamanya. Disebabkan itulah, mangsa menghadiri temuduga tersebut bertujuan untuk mencari pekerjaan baharu dengan suasana kerja yang lebih baik.

Pada masa yang sama, Dr Shi turut mendedahkan bahawa beliau pernah berhadapan dengan satu kes yang sama di mana seorang pekerja telah dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami serangan jantung. Bagaimanapun setelah menerima rawatan, pekerja berkenaan dikatakan enggan keluar dari hospital kerana terdapat banyak tugasan di pejabat yang menantinya…

Berikut merupakan simptom-simptom dan apa yang perlu anda lakukan sekiranya berada dalam situasi seseorang mengalami serangan jantung.

A) Simptom:

  • Rasa tidak selesa di dada
  • Mengalami kesesakan nafas
  • Rasa lemah badan
  • Jantung berdegup laju
  • Rebah secara tiba-tiba
  • Tiada degupan nadi
  • Tidak bernafas
  • Tidak sedarkan diri

B) Apa yang perlu dilakukan:

  • Hubungi talian kecemasan
  • Lakukan CPR (jika tidak mahir, terus tekan dada pesakit berulang kali. Pastikan dada pesakit naik semula sebelum memberikan tekanan)
  • Gunakan peranti perubatan mudah alih yang berfungsi untuk mengembalikan degupan jantung pesakit (jika ada)

Justeru, beringatlah! Jangan jadi hamba kepada pekerjaan anda. Anda mungkin sayang kerja anda, tetapi jika anda tidak menjaga kesihatan diri, sekelip mata sahaja majikan akan mencari pengganti anda. Renung-renungkan…

Maybe you're interested :

Share

Video Popular