Seorang peninju yang berasal dari Thailand, Athit Rueanphet difahamkan antara individu yang terlibat dalam kumpulan yang didapati memukul penunjuk perasaan yang berlangsung di Hong Kong sebelum ini, di mana mereka dikenali dengan pakaian bewarna putih.

Athit walau bagaimanapun mengaku pada pihak media bahawa dirinya sememangnya telah diupah untuk memukul rakyat di Hong Kong. Bekas wartawan Reuters, Andrew Marshall sebelum ini pernah mendedahkan bukti yang menunjukkan bahawa peninju itu memang terlibat dalam menyerang penunjuk perasaan.

Bagi membuktikan dakwaannya, Andrew turut melampirkan beberapa foto di laman Facebook dan Twitter yang menunjukkan individu yang kelihatan serupa dengan Athit turut serta dalam kumpulan penyerang berpakaian putih.

The Epoch Times

Berita Nasional Thailand pula melaporkan bahawa dianggarkan bahawa demonstrasi di Hong Kong baru-baru ini akan mempengaruhi pertandingan tinju yang awalnya sudah diatur, menyebabkan para peninju Thailand kehilangan banyak pendapatan dan itu menjadi punca mereka direkrut.

Menurut laporan media Thailand yang lain, rakan kepada Athit menyatakan bahawa dia telah bekerja untuk orang kenamaan sebagai pengawal keselamatan selama bertahun-tahun di Hong Kong dan mempunyai pendapatan yang baik.

Sebelum ini, sudah terdapat banyak laporan yang mendedahkan bahawa banyak bekas petinju Thailand yang bekerja di Hong Kong, di mana sesetengah daripadanya memilih untuk menjadi jurulatih Muay Thai. Tetapi kebanyakan daripada mereka memilih menjadi pengawal peribadi.

Seorang warga Hong Kong kemudian berkongsi bahawa setelah Athit dikenal pasti oleh orang Thailand, peninju berusia 34 tahun itu kemudian telah disoal oleh wartawan Thailand. Pada ketika itulah, dia mengaku bahawa dia diupah untuk memukul warga Hong Kong dengan kayu.

Facebook

Pada 21 Julai lalu, seramai 430,000 orang dilaporkan telah menyertai demonstrasi jalanan pada waktu malam dan pada ketika itu, sebilangan besar penyerang berpakaian putih memegang kayu didapati telah melakukan serangan.

Serangan ganas yang berlangsung selama 2 jam itu berlaku berdekatan dengan West Rail Station, dan difahamkan telah mencederakan sejumlah 45 orang. Pihak polis pula bersikap tidak acuh apabila tiba lewat dan tidak melakukan sebarang tangkapan pada ketika itu.

Hal ini menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan kredibiliti pihak polis. Dengan tekanan daripada umum, polis Hong Kong kemudiannya menangkap 11 orang suspek pada hari berikutnya termasuklah ketua kongsi gelap Deng Zhixue dan beberapa individu lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular