Isu membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng atau Ong Boon Hua hangat diperkatakan baru-baru ini kerana ia membabitkan sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Bangsa Melayu khususnya amat terkesan memandangkan ramai veteran tentera, polis dan ahli politik serta kalangan orang awam terdiri daripada kalangan mereka yang telah berjuang mempertahankan negara memerangi komunis yang diketuai Chin Peng.

Bagi generasi kini yang kurang arif dengan fakta sejarah mengapa Chin Peng terus tidak dialukan-alukan kemasukannya ke Malaysia, ini adalah kerana ratusan malah ribuan perajurit dan pasukan keselamatan telah terkorban sejak zaman darurat angkara keganasan Parti Komunis Malaya yang berada di bawah arahan Chin Peng.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Connie (@pandaoning) on

Instagram

Parti Komunis Malaya berakhir dengan termeterai Perjanjian Damai Hat Yai pada 2 Disember 1989, namun Chin Peng yang merupakan Setiausaha Agung PKM dikatakan tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana mengetuai PKM, walaupun beliau pernah membuat permononan saman pemula mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2005.

Chin Peng meninggal dunia pada 16 September 2013 di Thailand dengan amanat terakhir meminta abu mayatnya disemadikan di Malaysia, namun kerajaan persekutuan tetap konsisten dengan pendirian tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke tanah air.

Chin Peng sudah lama meninggal dunia tetapi segelintir rakyat menganggapnya sebagai pengkhianat negara yang kekal. Malaysia jelas dengan pendirian bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya itu tidak dialu-alukan ke negara ini sehingga pendedahan berita bahawa abu mayatnya telah pun dibawa masuk ke Malaysia untuk disemadikan di Lumut dan Banjaran Titiwangsa.

YouTube

Walaupun terdapat perintah tetap dengan kebenaran dari kerajaan Malaysia, sekumpulan individu yang ingkar jelas secara sengaja telah membawa abu Chin Peng ke Malaysia pada September lalu.

Mereka melakukannya pada hari rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia. Dan golongan ini juga tidak sepatutnya berani berhujah bahawa ia adalah satu kebetulan.

Golongan ini bukan sahaja memuliakan seorang komunis, tetapi juga memuliakan ideologi yang bertentangan dengan pendirian Malaysia pertahankan demi memartabatkan amalan demokrasi dan kebebasan beragama pelbagai kaum.

Malaysia mempunyai alasan yang cukup jelas mengapa ideologi komunisme dan kegiatan pengganas komunis perlu dibendung. Untuk rekod yang menjadi lipatan sejarah, ramai orang awam, angkatan tentera dan pasukan polis berbilang bangsa telah kehilangan nyawa dan ada yang masih hidup namun mengalami kecacatan kekal ketika memerangi para pengganas komunis.

Ketika itu, di waktu para perajurit ingin mengembalikan keamanan seperti mana yang telah dinikmati generasi kini, negara berada dalam ketakutan angkara keganasan anggota komunis.

Ramai orang yang hilang tanpa jejak. Tanyakan kepada bekas perajurit yang anda kenal, berapa banyak mayat lelaki dan wanita orang awam serta anggota komunis yang mereka jumpai semasa menjalankan operasi membasmi dan menyelamat di dalam hutan dan pekan kecil yang telah dibakar dan dirompak anggota komunis.

YouTube

Mungkin ramai yang tidak tahu, arahan Chin Peng telah merompak hak kebebasan juga maruah rakyat jelata dan ramai antara mereka telah dibunuh ekoran engkar untuk patuh kepada arahan secara paksa.

Mereka yang cukup beruntung daripada disembelih dan terus hidup selepas menyaksikan kezaliman komunis mungkin tidak dapat menjalani kehidupan yang normal kerana diselubungi trauma. Ketakutan dalam negara yang bukan menurut cerita rekaan oleh bekas perajurit negara. Ia benar-benar terjadi.

Komunisme bukan hanya menimbulkan kecederaan fizikal, malahan turut menyebabkan fikiran sesetengah rakyat terus terluka.

Kerajaan pada zaman itu terpaksa membelanjakan wang yang banyak dengan sumber yang terhad untuk membiayai pembelian aset pertahanan dan melatih pasukan keselamatan yang mencukupi serta membina kampung-kampung baru dengan kawalan keselamatan ketat bagi membendung anasir komunis daripada terus berkembang. Semuanya demi menjamin keamanan dan melindungi keselamatan rakyat jelata.

Semua perlu tahu, Malaysia dapat berkembang dengan pembangunan pesat sepenuhnya pada era 90-an kerana perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya telah dapat dibendung dan ditamatkan selepas Perjanjian Damai Hat Yai tahun 1989 ditandatangani oleh Chin Peng dan kerajaan Malaysia.

Maka bermula hari itu, komunisme di Malaysia dikatakan telah berakhir dan tamat, namun baru-baru ini ideologi itu seperti mahu dihidupkan semula seperti insiden buku komik komunisme yang diseludup masuk ke dalam beberapa sekolah di Malaysia. Satu ancaman dalam bentuk lain yang mungkin tidak berapa disedari dan perlu diberi perhatian.

Mungkin pendapat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Huzir Mohamed adalah benar. Membawa abu mayat Chin Peng pastinya menimbulkan ketidakharmonian di kalangan rakyat Malaysia. Pendapat di kalangan kumpulan veteran tentera dan polis sehingga kepada ahli akademik, ramai yang melihatnya secara beremosi berbanding nada rasional.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Sani Osman berkata, tindakan membawa pulang abu Chin Peng merupakan satu penghinaan kepada veteran yang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dan beliau mengeluarkan amaran, “Jangan mencabar kami!”

Sementara Presiden Patriot Kebangsaan (Patriot), Mohamed Arshad Raji berkata, insiden memerangi PKM sepatutnya dijadikan pengajaran buat generasi kini dan akan datang untuk menghargai serta memelihara keamanan dan bukannya membangkitkan isu perkauman.

“Jika Chin Peng dianggap penderhaka, mengapa ahli PKM bangsa lain seperti Shamsiah Fakeh, Abdullah CD dan Rashid Maidin juga tidak dianggap penderhaka?” katanya yang bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri dalam satu kenyataannya di Seoul baru-baru ini berkata isu kepulangan abu mayat Chin Peng tidak perlu diperbesarkan dan menjadi isu politik untuk membangkitkan ketegangan antara kaum.

YouTube

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan golongan ini membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis ini sudah lama tiada dan dia bukan lagi suatu ancaman kepada negara seperti mana pandangan masyarakat terhadap Jepun pada hari ini.

Sementara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan kerajaan tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia dan siasatan sedang dilakukan berhubung perkara tersebut.

Apa pun yang diperkatakan, rata-rata rakyat Malaysia berpendirian komunisme jelas bertentangan dengan ajaran dan prinsip demokrasi sebenar yang diperjuangkan selama ini sejak sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Untuk apa berjuang bermati-matian memerangi komunis di Malaysia, tetapi kemudian menerima kemasukan semula ideologi ini dalam diam. Jelas, perdebatan ke atas kemasukan abu mayat Chin Peng itu bukan sekadar kepulangan abu orang yang telah meninggal dunia. 

Abu mayat Chin Peng sebenarnya boleh sahaja disemadikan di negara ini dan tiada isu kerana mendiang menganggap Malaysia sebagai tanah tumpah tempat kelahirannya, seperti mana kita semua warga pelbagai bangsa dan mereka yang berdebat berbangga menjadi anak kelahiran Malaysia. 

Namun, pendapat yang akan terus diperkatakan ialah mengenai kemasukan ideologi yang Chin Peng dan anggota partinya telah bawa serta mahu pertahankan sehingga membawa kemusnahan dan menggugat keamanan dalam beberapa episod hitam sejarah pembentukan negara pada suatu masa dahulu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular