Pada awal pagi 20 November, masjid ikonik bandar Chuxiong di wilayah Yunnan, China telah diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk dirobohkan bagi tujuan pembinaan penempatan baru untuk pihak pemaju tempatan.

Cubaan merobohkan masjid bersejarah tersebut mendapat bantahan dan tentangan keras di kalangan masyarakat Islam Hui serta mencetuskan ketegangan sehingga ramai yang telah tercedera dan ditahan pihak polis PKC.

Buat masa ini, masyarakat Muslim Hui secara bergilir-gilir menjaga masjid daripada dicerobohi pihak berkuasa dan pemaju tempatan setelah pihak jawatankuasa masjid mendapat perintah sementara memberhentikan kerja-kerja meruntuhkan masjid berkenaan.

NTDTV

Pada 20 November lalu pada jam 6 pagi ketika para jemaah selesai menunaikan solat Subuh di Masjid Jalan Guanxiang di bandar Chuxiong, tiba-tiba mereka telah dikepung oleh pasukan polis, pihak majlis tempatan dan pemaju yang ingin memulakan kerja-kerja meruntuhkan masjid.

Dianggarkan seramai 1,000 orang Muslim Hui mengadakan bantahan serta menghalang kerja-kerja runtuhan daripada diteruskan dan mereka telah dikepung serta dikasari pihak berkuasa.

Kebanyakannya telah diarah beredar daripada mempertahankan masjid berkenaan dan ditarik keluar secara paksa dari perkarangan masjid ke dalam bas pihak berkuasa sehingga ada di antaranya dilaporkan tercedera.

@doamuslim/Twitter

Seramai 35 orang Muslim Hui telah berjaya kembali ke dalam masjid tersebut apabila mendapati kubah serta dinding masjid lama, bahagian dapur dan tandas telah diruntuhkan, namun ruang utama masjid dan bangunan sekolah dalam masjid masih berada dalam keadaan baik. 

35 Muslim Hui bersumpah akan mempertahankan masjid dengan nyawa mereka. Kerja-kerja merobohkan masjid berkenaan akhirnya telah ditunda pada sekitar jam 7 pagi.

Salah seorang daripada mereka yang bernama Encik Na berkata, “Masjid lama telah diruntuhkan dan itu antara sebabnya kami membantah. Kebanyakan kami terus membantah dan tidak bersetuju dengan pembangunan ini. Mereka tidak memberi notis secara rasmi kepada kami.”

“Mereka sangat kejam. Ramai yang membantah telah ditahan. Kini dinding telah diruntuhkan walaupun masjid ini belum dirobohkan sepenuhnya. Amat sedih dan memilukan. Kami kini berjaga-jaga siang dan malam,” tambah Encik Na.

NTDTV

Pihak Majlis Perbandaran Chuxiong mengumumkan pada akhir tahun lalu bahawa akan menamatkan apa-apa aktiviti keagamaan di Masjid Jalan Guanxiang yang terletak di bandar Chuxiong, wilayah Yunnan.

Notis tersebut menyatakan pembinaan semula masjid tersebut di kawasan komuniti wilayah Ximen dan pengambilan tanah masjid lama oleh kerajaan adalah sah di sisi undang-undang. 

Pihak berkuasa turut menyatakan dalam notis bahawa mereka menawarkan masjid baru di Jalan Guanjie yang siap pembinaannya pada 21 April 2018 dan ia boleh digunakan oleh masyarakat Muslim Hui untuk menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan.

Masyarakat Muslim Hui membantah pemindahan masjid dan penempatan semula di lokasi baru disebabkan kedudukannya yang terlalu jauh dari bandar Chuxiong dan jumlah pampasan yang ditawarkan terlalu rendah untuk pembelian semula rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL Kebenaran

Video Popular