PENAMPANG – Seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia setelah terjatuh menerusi celah pada sambungan sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan pada ketinggian 5 tingkat di Jalan Bundusan, Penampang pada Ahad lalu.

Pada ketika kejadian, kanak-kanak terbabit yang berusia setahun 7 bulan itu difahamkan sedang berjalan bersama kakaknya yang berusia 3 tahun sebelum menghampiri penghujung penyambung jambatan bangunan berkenaan, tergelincir lalu terjatuh.

Facebook

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dibawa keluarganya untuk makan di sebuah restoran di tingkat lima bangunan berkenaan.

Menurut bapa saudara kepada mangsa, Roger Chow, terdapat jurang yang besar pada penghujung jambatan yang menyambungkan bangunan itu dengan bangunan bersebelahan dan ia tidak dapat dilihat oleh kebanyakan individu yang melaluinya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, tiada sebarang papan tanda amaran diletakkan oleh pihak pengurusan bangunan di lokasi berkenaan.

Mangsa yang terjatuh kemudian dikejarkan ke Jesselton Medical Centre (JMC) di Jalan Lintas sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4 hari yang sama. Kes ini juga telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular