PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel yang diadakan dalam acara itu.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tersebut.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya/Facebook

Katanya ekspo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan sejak mula diadakan pada 2015, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamerkan di khalayak ramai.

“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan dan saya telah mengarahkan MyCeB untuk menyiasat perkara ini.

“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini, ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Mohamaddin berkata menerusi kenyataan media kementerian, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel dan acara tidak sopan.

@MyMOTAC/Twitter

“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Kami akan menanti laporan penuh siasatan daripada MyCeB dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan.” katanya.

Tattoo Malaysia Expo 2019 berlangsung di sini sejak Jumaat 29 November sehingga 1 Disember yang menghimpunkan peserta dari 35 negara dengan penganjuran pada 2015, 2016 dan 2017 sebelum ini diadakan di Sabah.

MyCeB dalam kenyataan awal menyebut sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.

Insiden itu menjadi tular di media sosial memaparkan gambar berserta visual peragaan separuh bogel dalam satu acara yang dianjurkan dalam ekspo berkenaan turut mendapat perhatian dan teguran Raja Permaisuri Agong.

@cheminahsayang/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular