LONDON – Sejarah serangan pengganas pada 2017 lalu di  London Bridge nampaknya berulang lagi apabila dunia sekali lagi digemparkan dengan berita mengenai sebuah lagi serangan di tempat yang sama pada 29 November lalu. Keganasan kali ini telah mengorbankan dua nyawa dan seorang bekas banduan, Usman Khan dikatakan bertanggungjawab dalam melakukan keganasan tersebut.

Peter Summers/Getty Images

Usman Khan, 28, dipenjarakan pada tahun 2012 kerana terlibat dalam kumpulan keganasan al-Qaeda yang merancang untuk mengebom Bursa Saham London dan Kedutaan Amerika Syarikat serta membunuh Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝑷𝒐𝒍𝑪𝒛𝒂𝒔 (@polczas) on

Semasa insiden tersebut berlaku, Khan dikatakan sedang menghadiri sebuah program yang melibatkan pemulihan banduan yang dianjurkan oleh Institut Kriminologi Universiti Cambridge. Khan kemudian menyerang salah satu daripada penyelaras program tersebut, Jack Merritt, 25.

Khan pernah dijatuhkan hukuman penjara pada tahun 2012 atas kesalahan berkaitan dengan keganasan sebelum dibebaskan dengan syarat pada November 2018. Ada yang membuat spekulasi dengan mengatakan bahawa serangan tersebut mungkin dilakukan untuk membalas dendam terhadap kematian pemimpin ISIS,  Abu Bakr al-Baghdadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Docterr (@docuterror) on

Serangan yang berlaku dikatakan sama seperti yang berlaku di Belanda yang menyaksikan tiga kanak-kanak ditikam di kawasan membeli-belah di The Hague, kata polis Belanda.

Boris Johnson mengatakan bahawa ia adalah ‘kesilapan’ untuk membebaskan Khan dari penjara. Johnson melawat ke tempat kejadian bersama Pesuruhjaya Polis Metropolitan Cressida Dick dan Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel.

Bercakap mengenai kejadian tersebut, Asisten Komisoner Scotland Yard Neil Basu mengesahkan bahawa seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam serangan itu yang menyaksikan Khan menikam sehingga lima orang awam. Khan yang ketika itu menggunakan ‘jaket bunuh diri’ palsu kemudian ditembak mati oleh polis bersenjata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scott Samain (@scottsamain) on

Pasukan polis anti-pengganas telah menyerbu sebuah rumah di kawasan Staffordshire yang dikaitkan dengan pembunuh yang dipercayai merupakan pusat operasi suspek.

Rakaman video menunjukkan bahawa Khan dikejar oleh orang awam sebelum diserang oleh individu dengan menggunakan alat pemadam api dan seorang lagi menyerang suspek dengan menggunakan gading paus narwhal yang diambil dari dinding di dalam Hall, tempat dia bekerja.

Sementara itu, Ratu United Kingdom turut mengirimkan ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang akibat serangan tersebut. Beliau juga memuji mereka yang berani berhadapan dengan suspek dan sanggup membahayakan diri untuk membantu dan melindungi orang lain. 

Leon Neal/Getty Images

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular