Ibarat buku bertemu ruas, seorang penyamun yang cuba memecah masuk rumah milik seorang warga emas berhadapan nasib malang apabila dia dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh wanita tua itu. Wanita berusia 82 tahun dikenali sebagai Willie Murphy dikhabarkan tinggal di rumah seorang diri dan sedang bersiap sedia untuk masuk ke bilik tidurnya. Secara tiba-tiba, seorang lelaki mengetuk pintu rumahnya lantas meminta pertolongan untuk menghubungi ambulans.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NEW YORK BEACON (@newyorkbeacon) on

Willie kemudian bertindak menghubungi pihak polis dan tidak membenarkan penjenayah itu masuk ke dalam rumahnya. Tindakan Willie itu membuatkan si penjenayah terus memecah masuk rumahnya yang terletak di Rochester, New York. Menyedari dirinya berhadapan dengan situasi yang bahaya, Willie sempat bersembunyi di dalam kegelapan rumah dan mencari sesuatu untuk melindungi dirinya. Justeru, Willie telah mengangkat sebuah meja lalu memukul penjenayah itu.

“Dia tersalah pilih rumah untuk melakukan aktiviti jenayahnya. Saya membelasahnya sekuat hati dan berkata kepada diri sendiri, jika ini masanya untuk saya mati, saya akan membawa dia bersama saya!”.

Willie terus ‘memberikan pengajaran’ dengan memukul lelaki itu sehingga meja tersebut pecah. Tidak terhenti setakat itu, Willie turut menggunakan kaki meja yang diperbuat daripada besi dan terus menghentam lelaki tersebut. Willie juga mendakwa mencurahkan syampu pada muka penjenayah itu sambil memukulnya lagi dengan sebatang penyapu.

“Saya berlari ke dapur, saya ambil syampu bayi dan curahkan ke atas mukanya. Dia cuba untuk bangun tetapi saya memukulnya dengan penyapu”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eric Drosin (@eric_drosin) on

Tidak beberapa lama kemudian, pihak polis tiba di perkarangan rumah Willie dan menahan lelaki itu. Apa yang melucukan adalah ‘permintaan’ lelaki ini untuk mendapatkan ambulans pada awalnya bagi memperdayakan Willie akhirnya menjadi satu kenyataan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan. Teruk juga ya lelaki ini dibelasah oleh Willie…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 1039 WDKX (@wdkx) on

Tanpa disangka-sangka, meskipun kelihatan uzur, Willie sebenarnya merupakan seorang bekas peninju yang memiliki ketinggian sekitar tiga kaki dan berupaya mengangkat daya seberat 102 kilogram! Antara anugerah yang pernah dimenanginya adalah Anugerah World Natural Powerlifting Federation Lifter of the Year pada tahun 2014!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Nemoyer (@aaron.dom.dapper) on

Menurut rancangan ABC Wham-TV, meskipun Willie merupakan seorang mangsa jenayah pecah rumah yang terselamat, Willie langsung tidak berhasrat untuk melakukan sebarang tindakan undang-undang terhadap penjenayah terbabit. Kisah yang tular ini menjadikan Willie terkenal di samping memberi inspirasi kepada setiap lapisan umur.

 

Beberapa pengguna Twitter turut mengambil kesempatan memberikan pujian di atas keberanian Willie dalam menangani situasi tegang itu.

“Saya berusia 58 tahun dan saya mahu menjadi sepertinya apabila semakin tua nanti”.

“Saya menyanjung tinggi wanita ini. Datuk bandar perlu memberikan penghargaan dalam bentuk pingat kepadanya. Satu kisah yang sangat menakjubkan”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular