Manusia memerlukan makanan untuk terus hidup, namun sejauh mana anda tahu bahawa makanan yang diambil itu berkhasiat dan tidak memudaratkan kesihatan? Hal ini kerana, selari dengan kemajuan teknologi sekarang, terdapat begitu banyak penghasilan makanan yang diproses terdapat di pasaran.

Pengambilan makanan tanpa kawalan lazimnya akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, gout, jantung, kanser dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, seorang wanita yang juga mempunyai anak penghidap kanser leukemia, ada berkongsi satu kisah yang sangat berguna buat kita semua.

Menurutnya yang lebih mesra dipanggil Amy, dia dihubungi oleh seorang wanita yang mempunyai anak berusia 2 tahun. Wanita berkenaan khuatir jika keadaan anaknya yang kadang kala demam dan mempunyai biji-biji kecil pada bawah telinga dan tengkuk itu merupakan tanda-tanda kanser.

Amy cuba menenangkan ibu berkenaan dan jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan agar ia bukannya kanser. Setelah diperiksa oleh doktor, ternyata keadaan anak kepada wanita itu yang bengkak pada mata, perutnya sedikit besar dan biji-biji halus di bawah telinga dan bahu itu merupakan simptom kanser.

“Amy, doktor beritahu saya bahawa anak saya ada simptom-simptom kanser. Macam mana saya mahu menghadapinya? Rasa seperti mahu rebah dan pengsan mendengarnya”, kata wanita itu menerusi panggilan telefon.

Rasa ingin tahu meluap-luap, Amy kemudian bertanya berkenaan dengan aspek pemakanan anak wanita itu. Menurutnya, air kotak, minuman berkultur dan snek makanan ringan sentiasa dijadikan stok di rumah dan ibu itu juga menghidapi talasemia.

Pendedahan itu ternyata mengejutkan Amy. Menerusi kenyataan pada Facebooknya, dia turut memesan kepada ibu bapa (dan anak-anak) yang mempunyai penyakit talasemia untuk menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan seperti itu.

Jika diberi kesempatan untuk memutarkan masa kembali, Amy dan ibu-ibu kepada anak penghidap kanser sudah tentu mahu mengubah cara pemakanan anak masing-masing. Biar dilabel cerewet apabila melibatkan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan, bagi mengelakkan perkara sebegini.

Amy turut menambah bahawa selepas anaknya disahkan menghidapi kanser, doktor melarang beberapa makanan seperti minuman berkultur, makanan bergula, keju, kacang tanah, taugeh, mayonis dan perasa makanan daripada diberi kepada anaknya.

Oleh yang demikian, ibu bapa di luar sana harus lebih peka dan tegas dengan apa yang dimakan oleh anak-anak, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan aspek kesihatan agar mereka membesar dengan sihat sekaligus memangkin perkembangan mental yang lebih seimbang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular