Apabila berbincang mengenai topik pencegah kehamilan, pasti ramai yang hanya tertumpu kepada golongan wanita. Pelbagai cara yang harus dilakukan wanita untuk menjarakkan kehamilan.

Namun, tahukah anda bahawa lelaki sebenarnya perlu juga melakukan kaedah tertentu untuk mencegah kehamilan isteri?

Jadi, untuk tujuan itu sebuah kaedah telah dicipta dan bakal diperkenalkan tidak lama lagi dan negara India akan menjadi negara pertama yang bakal mengaplikasikan teknologi ini.

Gambar Hiasan/Pixabay

Menurut Hindustan Times, para penyelidik di India mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan ujian klinikal bagi kawalan kelahiran buat golongan lelaki yang dilakukan dengan menggunakan suntikan yang dikenali sebagai RISUG, yang bermaksud untuk menghalang perencatan sperma di bawah bimbingan.

Menurut para penyelidik, produk tersebut dikatakan akan disuntik berhampiran testis dan bertahan sehingga 13 tahun. 

“Produk itu sudah siap, tetapi hanya kelulusan pengawalseliaan yang belum selesai,” kata Dr. R.S. Sharma, saintis kanan di Majlis Penyelidikan Perubatan India, yang menjalankan kajian, kepada Hindustan Times.

Ujian yang panjang ini telah melibatkan lebih daripada 300 lelaki dan menunjukkan bahawa produk itu memiliki lebih daripada 97% kadar kejayaan untuk mencegah kehamilan.

Gambar Hiasan/Pixabay

RISUG melibatkan suntikan polimer ke dalam vas deferens, tiub yang membawa sperma dari buah zakar, yang akan menyekat sperma daripada meninggalkan tiub.

Menurut Maya Clinic pula, kaedah ini sangat berbeza dengan vasectomy yang melibatkan van deferens dipotong, dibuang atau diikat melalui pembedahan yang rumit dan kaedah tersebut juga tidak selalunya berkesan.

Penyelidik mahu mendapatkan kelulusan RISUG sebagai kaedah untuk mencegah kelahiran yang tetap, seperti vasectomy dan dalam masa yang sama merancang untuk menyediakan lebih banyak data yang menyokong penggunaanya, kata Bloomberg.

Gambar Hiasan/Pixabay

India menjangkakan akan mengambil masa enam atau tujuh bulan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk mengeluarkan RISUG. Di Amerika Syarikat, ubat yang sama, yang dipanggil Vasalgel, sedang dalam pembangunan.

Pada tahun 2017, penyelidik Amerika Syarikat telah menerbitkan satu kajian yang memperlihatkan bahawa Vasalgel berkesan dalam menghalang kehamilan pada monyet, tetapi ubat tersebut masih perlu diuji pada manusia.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular