SEOUL: Penyanyi K-pop, Goo Hara dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam, Ahad lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Le Figaro ğŸ—ž (@lefigarofr) on

Portal Koresboo melaporkan bintang berusia 28 tahun, ditemui kaku sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun sehingga kini, punca kematian ahli kumpulan Kara itu masih belum didedahkan.

Bulan lalu, teman baik Hara, Sulli, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya berikutan tertekan.

Kini, Hara pula menjejaki langkahnya selepas ditemui maut sendirian di kediamannya.

Pada Mei lalu, Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.

Sebelum kematian, Hara aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.

Mendiang juga terbabit dalam kekecohan kes mahkamah melibatkan bekas teman lelakinya, yang didakwa melakukan serangan dan juga mengancam keselamatan Goo Hara.

Sebelum ini, selepas pembubaran kumpulan Kara, Goo Hara telah memulakan debutnya sebagai penyanyi solo pada bulan Julai 2015 menerusi album mini pertamanya yang berjudul Alohara (Can You Feel It?).

 Gadis ini juga turut melebarkan kariernya dengan kemunculan sebagai pelakon filem dan juga drama di Korea.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular