Umum sudah mengetahui akan larangan merokok di premis makanan namun masih ada lagi segelintir orang ramai yang masih enggan mematuhi peraturan berkenaan.

Mereka seperti tidak peduli akan persekitaran dan menafikan hak orang lain untuk mendapatkan udara yang bersih.

Baru-baru ini, seorang lelaki difahamkan telah membawa isteri dan anaknya yang berusia 3 tahun ke sebuah kedai makan yang terletak di Serdang, Selangor. Pada masa yang sama, terdapat 2 orang lelaki yang juga pelanggan di kedai itu menghisap rokok.

Bapa berusia 35 tahun itu, Wen Hui kemudiannya telah meminta kedua-dua lelaki yang juga perokok itu untuk berhenti merokok di kedai berkenaan secara baik namun ia tidak dihiraukan mereka yang masih lagi merokok.

YouTube

“Apa salahnya merokok? Denda RM10,000, saya mampu bayar!”, jawab salah seorang daripada perokok itu apabila diminta untuk menghentikan perbuatan mereka.

Hal ini menyebabkan isteri kepada Wen Hui dengan pantas mengambil gambar kedua-dua orang terbabit bagi membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan.

YouTube

Menyedari foto mereka dirakamkan, kedua-dua lelaki tersebut berasa marah dan mula memprovokasi keluarga Wen Hui. Sempat juga seorang daripada perokok itu mengajak Wen Hui untuk berlawan manakala salah seorang daripada mereka turut menampar pipi Wen Hui.

Wen Hui turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa pelanggan di kedai terbabit yang membantu meredakan ketegangan agar kedua-dua lelaki tersebut tidak terus bertindak kasar dan menyerangnya. “Muka saya bengkak dan bibir saya luka”, jelas Wen Hui.

Keluarga itu kemudiannya bertindak meninggalkan lokasi itu sesudah makan. Walau bagaimanapun, kedua-dua perokok terbabit masih lagi berada di situ dan masih lagi meneruskan tabiat buruk menghisap rokok.

YouTube

Tiada apa yang diharapkan oleh Wen Hui agar pihak polis segera mempergiatkan operasi dan tindakan bagi menghalang perkara sebegini daripada terus berlaku di masa akan datang.

Dalam masa yang sama, dia juga menggesa pihak Kementerian Kesihatan untuk menyemak semula aduan dalam talian dan merangka tindakan bagi memastikan keselamatan pengadu daripada diserang oleh si perokok.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular