HONG KONG: Kumpulan pembangkang pro-demokrasi Hong Kong melangkah ke arah kemenangan apabila meraih majoriti di 12 daripada 18 majlis daerah pada pilihanraya tempatan, Ahad lalu.

Memetik agensi berita Anadolu, kemenangan itu dipercayai selepas penduduk keluar mengundi Ahad lalu berikutan protes antikerajaan yang sudah berlarutan hamper setengah tahun di bandaraya itu.

Calon-calon demokrat di kota 7.3 juta penduduk itu buat kali pertama mendapat lebih separuh daripada 452 kerusi majlis daerah, mengalahkan calon pro-kerajaan yang memiliki sumber yang besar.

Malah keputusan awal mendapati pro-Beijing hanya meraih 42 kerusi berbanding calon pro-demokrasi yang memenangi 278 kerusi.

Seramai 1,104 calon bertanding untuk merebut 452 kerusi majlis perbandaran di 18 daerah pilihan raya.

Ahad lalu, apabila keputusan mula diketahui, termasuk keputusan yang menyaksikan kejayaan tak dijangka calon demokrat menewaskan calon pro-Beijing.

Turut kedengaran pengundi melaungkan “Bebaskan Hong Kong. Revolusi sekarang!” – ungkapan yang menjadi slogan buat peserta demonstrasi sejak setengah tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Pilihan raya, Barnabus Fung berkata, lebih 2.94 juta pengundi berdaftar mengundi pada pilihan raya kali ini dengan menyaksikan lebih 71 peratus daripada 4.1 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Proses pengundian bermula jam 7.30 pagi waktu tempatan Ahad (2330GMT Sabtu) dan berakhir pada jam 10.30 malam (1430GMT) di tengah-tengah protes berterusan yang bermula sejak Jun.

Calon yang dipilih bakal menjadi sebahagian anggota jawatankuasa dan mempunyai hak untuk memilih ahli Kabinet dan pemimpin kerajaan daripada calon yang disenaraikan Beijing.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular