Bukit Indah: Seorang ibu muda melahirkan rasa geram dan merayu bantuan warganet bagi mengesan sebuah kerusi keselamatan bayi (baby car seat) dicuri di sebuah pasar raya di sini.

Ibu muda, Anis Jasmani berkata, kejadian malang yang berlaku pada 19 November lalu disedari selepas melihat keadaan cermin keretanya terburai pecah.

Katanya, kerusi tersebut yang diletakkan di ruangan belakang berjenama Chicco dikebas perompak.

@anissyazwanie/Twitter

“Sabar je lah, sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba-tiba jual ‘preloved car seat’ jenama Chicco next fit, warna hitam kelabu terutama di kawasan Johor Bahru, beritahu ya.

“Curi barang aku tak mengapa, yang buat aku geram dia curi barang anak aku ni,” menurut perkongsiannya yang tular di laman sosial.

Menurutnya, angkara pencuri berkenaan mengakibatkan kereta berwarna biru miliknya mengalami kerosakan teruk.

Selain kerusi milik bayinya itu hilang dikebas pencuri, kad smart tag dan vape juga turut dibawa lari.

Akui Anis, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari.

Lebih malang Anis memberitahu, kawasan letak kereta lokasi kejadian berlaku tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) menyukarkan usahanya untuk mengesan penjenayah itu.

Dalam masa sama, penjenayah telah mematikan fungsi sistem penggera kereta sebelum memecahkan tingkap belakang kereta bagi mengelakkan kegiatan diketahui.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular