Setiap negara memiliki peraturan tertentu yang ditetapkan khusus untuk mengawal tingkah laku masyarakatnya.

Di Jepun, adab dan kesopanan merupakan salah satu aspek yang sangat dititikberatkan.

Meskipun begitu, ramai yang tidak menyangka seorang tua sanggup memukul wanita dengan surat khabar hanya kerana wanita berkenaan duduk sambil menyilang kakinya.

@kami_heiwa/Twitter

Jumaat lalu, tular sebuah video berdurasi 2 minit di laman Twitter memaparkan tindakan seorang warga emas lelaki memukul penumpang wanita di sebelahnya dengan senaskhah surat khabar.

Kejadian yang berlaku di dalam keretapi di Jepun itu menunjukkan lelaki tua yang kelihatan berang terhadap penumpang wanita di sebelahnya. Walau bagaimanapun, wanita tersebut kelihatan hanya berdiam diri dan langsung tidak cuba untuk mengeruhkan keadaan.

@kami_heiwa/Twitter

Bagaimanapun, sebaik sahaja wanita itu menyilangkan kakinya, lelaki tua tersebut terus memukul kaki wanita berkenaan dengan menggunakan surat khabar di tangannya.

Menyaksikan kejadian tersebut adalah seorang penumpang lelaki di duduk di sebelah kanan wanita terbabit cuba untuk menghalang lelaki tua itu daripada terus menyakiti wanita tersebut.

@kami_heiwa/Twitter

Kejadian ini disedari oleh kakitangan keretapi yang kemudiannya datang untuk meredakan ketegangan. Ketika kakitangan berkenaan berusaha untuk menenangkan lelaki tua itu, seorang lagi kakitangan lain datang ke tempat kejadian untuk membantu.

Mereka cuba untuk memujuk lelaki tua itu agar ditempatkan ke tempat lain yang berjauhan dengan wanita tersebut namun lelaki tua itu tetap berkeras dan enggan berganjak dari tempat duduknya.

@kami_heiwa/Twitter

Menurut SoraNews24, penumpang keretapi di Jepun adalah dilarang untuk menyilangkan kaki mereka bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan penumpang lain.

Hal ini demikian kerana perbuatan menyilang kaki akan mengganggu ruang terhad untuk penumpang keretapi yang berdiri.


@kami_heiwa/Twitter

Semoga kedua-dua pihak dapat mencapai perdamaian dan penyelesaian yang baik.. Jangan marah-marah, nanti cepat tua~

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular