Kebakaran belukar yang melanda beberapa kawasan di Australia setelah beberapa minggu ternyata mencipta ‘mimpi ngeri’ buat penduduk di Australia secara amnya.

Berikutan dengan itu, kerajaan negeri telah mengeluarkan amaran agar penduduk meninggalkan tempat itu.

Ternyata bukan sahaja manusia yang mengalami kesan buruk berhubung dengan kebakaran yang berlaku, bahkan ia turut mengganggu kelangsungan flora dan fauna di sana. Seekor koala baru-baru ini didapati melecur teruk ekoran kebakaran berkenaan.

Facebook

Mujurlah koala tersebut sempat diselamatkan oleh seorang wanita, Toni Doherty yang pada ketika itu melalui kawasan berhampiran Port Macquarie, New South Wales. Dia difahamkan telah keluar daripada kereta dan bergegas berlari ke arah koala itu.

“Sungguh kasihan melihatnya seperti itu yang baru sahaja keluar daripada api. Koala tersebut kelihatan tidak terdaya tanpa sebarang perlindungan. Saya tahu saya perlu lakukan sesuatu”, jelasnya.

Facebook

Menurut Toni, dia tahu bahawa dia perlukan kain untuk membalut tubuh koala tersebut dan memutuskan untuk membuka bajunya. Dia kemudian cuba membawa koala malang itu daripada api. “Keadaan sangat panas dan menakutkan”, tambahnya.

Selepas berjaya membawa koala ke tempat yang lebih selamat, Toni bertindak menuangkan air pada badan koala bertujuan untuk menyejukkan tubuh koala tersebut. Kemudian, koala itu dibalut dengan selimut tebal dan dibawa pergi oleh pasukan penyelamat.

Facebook

Koala tersebut telah diberi nama Lewis oleh Toni bersempena dengan nama salah seorang cucunya. Lewis walau bagaimanapun telah selamat dibawa ke Hospital Koala Port Macquarie dan diberi rawatan, di mana Lewis telah dibaluti selimut dan dipasangkan dengan topeng oksigen.

Sungguhpun begitu, dalam keadaan sedemikian, Lewis masih lagi mampu mengunyah ranting pokok eucalyptus yang diletakkan pada katilnya. Menurut sumber, Toni tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu semula dengan Lewis di hospital.

Akan tetapi, menurut pihak hospital, Lewis berkemungkinan hanya mempunyai 50-50 peluang untuk terus hidup. Jika Lewis hidup, proses penyembuhan difahamkan akan mengambil masa yang lama. Hal ni kerana tangan dan kakinya terbakar sepenuhnya.

Bahagian perut, dada dan hidungnya juga teruk terbakar. Setakat ini, lebih 350 ekor koala dikhuatiri terbunuh ekoran kebakaran belukar di New South Wales. Kebakaran tersebut telah ‘menghancurkan’ kawasan habitat utama dan pembiakan fauna berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular