BANGKOK: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia akibat terkena renjatan semasa menonton perlawanan bola sepak.

Menurut Daily Mail, lelaki berusia 40 tahun itu yang merupakan seorang chef di sebuah restoran di Samut Prakan ditemui mati di atas katil di rumahnya.

YouTube

Bagaimanapun ketika ditemukan, telefon bimbit masih terpasang dan disambungkan kepada pengecas.

Malah di bahagian lengan dan leher lelaki berkenaan ada kesan lebam kemungkinan kesan terbakar daripada pengecas telefon.

Rakan sebiliknya berkata, mangsa sering berjaga malam kerana ‘bermain’ telefon untuk mendengar muzik atau bermain telefon sebelum tidur.

YouTube

“Semalam saya lihat dia bermain seperti biasa,” ujar rakan sebiliknya yang cuba mengejutnya tetapi tidak mendapat tindak balas dan menganggap kawannya tidak sihat.

Keadaan panik itu membuatkan rakannya terus menghubungi majikan sebelum mengetahui rakannya telah meninggal dunia.

Polis tempatan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

Ketika membuat pemeriksaan polis menemukan minuman keras berhampiran katil mangsa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular