Tiada seorang pun di dalam dunia ini yang mahu mendapat penyakit lebih-lebih penyakit serius yang tiada ubatnya. Hari ini penyakit kanser merupakan antara penyakit yang sukar untuk diubati.

Walaupun seseorang itu telah menjalankan kemoterapi atau mungkin pembedahan namun itu tidak bermakna mereka terus bebas daripada kanser sepenuhnya. Ada yang terpaksa hidup dengan kanser seumur hidup dan ada juga yang sememangnya bertuah dapat membebaskan diri sepenuhnya daripada penyakit ini.

Gambar Hiasan/Pixabay

Baru-baru ini The Daily Telegraph telah melaporkan bahawa para saintis telah mencipta sebuah ciptaan baru yang boleh menyembuhkan semua jenis kanser. Ciptaan yang dipanggil CF33 merupakan sejenis virus seperti cacar air atau ‘cowpox’ itu dikatakan boleh membunuh setiap jenis kanser yang diletakkan di dalam piring petrie (petrie dish) dan dengan menggunakan virus itu terhadap tumor pada tikus eksperimen tersebut mulai mengecut.

Pakar kanser Amerika Syarikat,  Profesor Yuman Fong adalah individu yang bertanggungjawab dalam mencipta rawatan yang dibangunkan oleh sebuah syarikat biotek Australia bernama Imugene.

Dengan kewujudan ciptaan ini, mereka berharap agar rawatan dapat diuji kepada golongan yang menghidap kanser payudara pada tahun hadapan. Profesor Fong kini dikatakan masih berada di Australia untuk menjalankan ujian klinikal, yang juga akan dijalankan di negara-negara luar Australia.

Antara kumpulan sasaran untuk menerima rawatan ini ialah mereka yang menghidap kanser payudara, kanser melanoma, kanser paru-paru, pundi kencing, gastrik dan juga mereka yang merupakan penghidap kanser usus. 


Gambar Hiasan/Pixabay

Walaupun rawatan ini berjaya dilakukan ke atas tikus namun ia tidak bermakna kejayaan yang sama akan berlaku jika dilakukan ke atas manusia sebenar. Namun begitu, Professor Fong kekal positif bahawa virus ini berkesan dalam merawat kanser pada tubuh badan manusia.

Virus tersebut dikatakan mempunyai kesan sampingan seperti demam namun ia kemudian bertukar menjadi rawatan kepada kanser otak yang dijalankan oleh saintis dari Amerika Syarikat. Apa yang berlaku ialah bagi sesetengah pesakit kanser, penyakit mereka hilang dalam masa bertahun-tahun sebelum ia kembali semula dan ada juga mengalami pengecutan tumor dengan begitu ketara.

Menurut Profesor Fong lagi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa virus ini boleh membunuh kanser sejak awal 1900-an lagi. Mereka yang menghidap kanser telah pulih sepenuhnya setelah mereka menerima vaksin untuk menghalang rabies.

Namun begitu, terdapat juga kebimbangan yang mengatakan bahawa virus tersebut kemungkinan terlalu ‘beracun’ sehingga boleh membawa maut.

Gambar Hiasan/Pixabay

“Masalahnya ialah apabila kamu mencipta virus yang begitu bertoksik sehingga boleh membunuh kanser kamu juga bimbang ia boleh membunuh manusia,’ Profesor Fong lagi.

Saintis ini juga mengatakan bahawa cowpox telah dibuktikan keberkesanannya untuk melindungi manusia daripada penyakit cacar atau smallpox 200 tahun lalu dan dikatakan tidak berbahaya kepada manusia. Dengan mencampurkan cowpox dengan virus lain ujian mendapati ia boleh membunuh kanser.

Diharapkan bahawa virus tersebut akan dapat memberi kesan kepada kanser sehingga boleh membunuhnya. Sistem imun juga dijangka akan menjadi lebih efektif dalam menerima petanda-petanda lain yang menunjukkan jika ada kewujudan sel kanser lain yang akhirnya akan membolehkan sel kanser tersebut dibunuh.

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular