KUALA LUMPUR: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, beberapa minit selepas pasukan Harimau Malaya berjaya menjaringkan gol pertama pada perlawanan menentang skuad Garuda.
Keadaan tersebut memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Dipercayai insiden tersebut tentetan daripada tindakan penyokong Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium ketika Malaysia berjaya jaringkan gol pertama oleh Safawi Rashid pada minit ke-30, menyaksikan Malaysia mendahului dengan 1-0.
Provokasi. pic.twitter.com/zpWLy8PTet
— UltraJang (@UltraJangMag) November 19, 2019
Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila kelihatan anggota keselamatan bergegas ke kawasan tersebut sebelum bertindak memadamkan api.
Sementara itu, tindakan tersebut menerima reaksi kurang senang daripada menyokong Malaysia.
Sebelum itu, kelihatan objek turut dibaling ke arah penyokong Harimau Malaya.
Maybe you're interested :