Di bawah dasar kerajaan Taiwan, sebuah Pusat Promosi dan Operasi Peranti Perubatan (Southern Taiwan Science Park Medical Device Promotion and Operation Center), Southern Taiwan Science Park Bureau telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan kerjasama beberapa buah syarikat dalam usaha untuk membantu peranti perubatan Taiwan memasuki dan merancakkan lagi pasaran Asia Tenggara.

Majlis perasmian pusat berkenaan berlangsung pada 17 November lalu, menyaksikan Datuk Dr. Chen Jung-Chou dari Malaysia turut memberi ucapan yang mengakui akan kualiti peralatan perubatan yang dimiliki oleh Taiwan.

Majlis Perasmian Pameran peralatan perubatan dan pangkalan operasi Southern Science Park di Malaysia

Selain itu, ramai lagi tetamu yang hadir antaranya ialah syarikat pengedar peranti perubatan di Malaysia (Kuala Lumpur International Dental Center, KLIDC), seorang professor dari Universiti Malaya (Dentistry in the University of Malaya), pihak dari Taiwan Trade Centre, Kuala Lumpur dan juga tetamu dari Taiwan yang terdiri daripada Taiwan Dental Associaton, Universiti Kebangsaan Cheng Kung (National Cheng Kung University), Universiti Perubatan Taipei (Taipei Medical University) dan seorang professor dari Universiti Perubatan Chung Shan (Chung Shan Medical University).

Southern Taiwan Science Park Bureau secara umumnya sangat berdedikasi dan aktif membantu pengeluar peranti perubatan di Taiwan sekaligus ingin mengorak langkah untuk mengembang dan meluaskan lagi pasaran mereka ke Asia Tenggara.

Lawatan ke Pameran peralatan perubatan dan pangkalan operasi Southern Science Park di Malaysia

Bengkel teknologi pergigian

Standard perubatan di Malaysia kini dilihat bertambah baik di bawah ekonomi yang stabil, selain menjadi pusat ekonomi dan perdagangan di Asia Tenggara, dan ini membuatkan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pangkalan operasi bersama pesisir luar negara dan pusat pemasaran, pendidikan, latihan, perundingan serta perkhidmatan perniagaan bagi industri peranti perubatan Taiwan.

Pusat perkhidmatan yang terletak berhampiran dengan KLIDC berkenaan turut menempatkan beberapa orang kaki tangan dan menggabungkan sumber dari Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Dental Center), Universiti Malaya, Universiti Perubatan Antarabangsa (International Medical University) (IMU), dan Fakulti Pergigian MAHSA (MAHSA Faculty of Dentistry), agar peralatan dan produk perubatan yang berkualiti tinggi di Taiwan digunakan secara langsung oleh doktor sebagai bahan mengajar untuk menembusi sistem pendidikan tempatan dan meningkatkan kebolehpercayaan mereka.

Biro tersebut juga difahamkan akan meniru model ini di pasaran lain pada masa akan datang untuk membantu syarikat-syarikat peranti perubatan di Taiwan untuk mendapatkan peluang berpotensi bagi pesanan antarabangsa.

Pangkalan operasi itu turut menempatkan dengan 12 pengeluar, iaitu EPED Inc. (sistem navigasi implan pergigian), Huang Liang Tech. (implan pergigian), Quen Lin Instruments (unit pergigian), Biomate (implan gigi), Taicend (rawatan luka), General Biological (reagen pengesan bakteria mulut), Mesofase (rawatan luka), Alliance Global (implan pergigian), Sunmax Biotechnology (graft kolagen tulang), Taiwan Innovation Biomedec (sistem percetakan 3D untuk crown pergigian), Taiwan Implant Tech. (implan pergigian) dan MEM Pergigian Tech. (sistem orthodontik). Bagi menarik pakar perubatan dan pengedar tempatan, produk telah dipaparkan di laman web dan bengkel difahamkan telah diadakan pada hari pembukaan operasi secara bersama.

Datuk Dr. Chen Jung-Chou selaku Pengurus KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centerturut berkata bahawa beliau turut menganggotai Persatuan Alumni Universiti Perubatan Taipei (Taipei medical university Alumni Association) maka atas sebab itulah, beliau mempunyai ikatan istimewa dengan Taiwan, selain turut mengakui bahawa Taiwan mempunyai standard dan kualiti perubatan, teknologi klinikal dan perkhidmatan perubatan antara yang terbaik di dunia.

Demonstrasi peralatan perubatan

Umumnya, Kuala Lumpur menempatkan lebih 600 juta orang penduduk di Asia Tenggara dan mengamalkan pasaran secara islamik. Walaupun pihak pengeluar dari Taiwan menembusi pasaran Malaysia dalam waktu terdekat, namun ia tidaklah begitu lewat untuk melaksanakan strategi yang tepat. Oleh itu, masa tidak boleh dibazirkan dan kita perlu terus maju mengorak langkah bagi menandingi produk keluaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Justeru, diharapkan agar penubuhan pusat ini mampu berfungsi dalam memaparkan, melatih, mengajar, mewujudkan peluang perniagaan dan jualan serta menjalankan pangkalan operasi klnikal selain menyediakan sokongan buat produk perubatan terkemuka daripada Southern Taiwan Science Park Bureau bagi memasuki pasaran Malaysia seterusnya Asia Tenggara menerusi kerjasama erat antara Malaysia-Taiwan.

Cheng Hsiu-Jung selaku Timbalan Ketua Pengarah berkata bahawa Southern Taiwan Science Park Bureau telah aktif membangun hab bagi industri peranti perubatan dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan telah menggalakkan pengeluaran produk inovasi teknologi menerusi perkhidmatan platform serta subsidi penyelidikan dan pembangunan, yang membawa kepada pencapaian cemerlang.

Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa jumlah pelaburan untuk pemasaran dan pembinaan jenama peralatan perubatan adalah beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding dengan kos penyelidikan dan pembangunan, dan ia sudah tentu membebankan pengeluar peranti perubatan secara kecil-kecilan di Taiwan.

Justeru, melalui penubuhan asas operasi luar negara Selatan seperti ini, maka peralatan dan produk perubatan berkualiti tinggi dari Southern Taiwan Science Park Bureau dan Taiwan boleh diperkenalkan ke pasaran Malaysia sekaligus ke peringkat Asia Tenggara dan global, dengan harapan agai ia untuk mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-dua Taiwan dan Malaysia melalui penubuhan “Pusat Promosi dan Operasi Perubatan Taman Sains Taiwan Selatan” (Southern Taiwan Science Park Medical Device Promotion and Operation Center).

Ditaja oleh MIRDC

Pusat Promosi dan Operasi Peranti Perubatan, Southern Taiwan Science Park Bureau
Alamat: No.33, Aras 2, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur
Hubungi kami di: ted246810@mail.mirdc.org.tw (Oris Yang)

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular