BEIJING: Gara-gara sering menonton kartun di telefon pintar, seorang kanak-kanak perempuan di bandar raya ini berdepan masalah mata yang kronik sehingga berisiko menjadi buta.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Memetik The Reporter, kanak-kanak berkenaan, Tong Tong yang tinggal bersama datuk dan neneknya sering didedahkan dengan telefon pintar.

Malah, Tong Tong hanya akan berhenti merengek selepas diberikan menonton kartun menerusi telefon bimbit datuk dan neneknya.

Lebih menyedihkan, ketika dibawa ke hospital untuk sebelum mendaftar ke sekolah tadika, ahli keluarga terkejut apabila diberitahu tahap penglihatannya terjejas sehingga rabun jauh (200 degree).

Keadaan tersebut memaksa Tong Tong memakai cermin mata.

Doktor pakar memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil bagi mengelakkan masalah rabun apabila meningkat dewasa.

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata dan berisiko buta jika tidak dipantau dan terus melakukan aktiviti berkenaan tanpa henti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular