HONG KONG – Polis Hong Kong telah menahan sejumlah sukarelawan perubatan dan petugas bantuan kecemasan serta beberapa orang wartawan di Universiti Politeknik Hong Kong (Poly U) pada pagi 18 November.

Tindakan polis menahan kakitangan perubatan serta menghalang bantuan kemanusiaan telah dikecam dan dikatakan seperti satu jenayah perang.

Bermula 17 November, polis pencegah rusuhan mengepung jalan keluar masuk ke Universiti Politeknik Hong Kong serta menggunakan senjata air, senapang bunyi, peluru getah dan api secara bergilir-gilir untuk meleraikan penunjuk perasaan. Seluruh kampus Poly U dikelilingi asap kesan tembakan senjata tersebut dan gas pemedih mata.

The Epoch Times

Pihak polis turut menyekat kesemua jalan keluar dari universiti tersebut dan mengepung para pelajar di dalamnya. Terdahulu, pihak polis berkata barang siapa di kalangan pelajar yang meninggalkan Poly U akan ditahan kecuali bagi mereka yang dapat menunjukkan dokumen wartawan yang sah.

Pada awal pagi 18 November, pihak polis menerusi jurucakapnya Louis Lau memberi amaran bahawa mereka akan menggunakan peluru hidup sekiranya penunjuk perasaan terus bertindak ganas.

Pada masa yang sama, sekumpulan petugas perubatan yang wajib berundur dari Universiti Politeknik turut telah ditahan. Menerusi berita yang dimuat naik di laman Twitter, kira-kira 50 doktor, jururawat dan kakitangan bantuan kecemasan dari badan bukan kerajaan (NGO) telah ditahan seperti tawanan perang. 

Foto menunjukkan tangan mereka telah diikat dari belakang dengan pengikat kabel seperti yang dilakukan kepada pelarian.

Tindakan melampau pihak polis yang mendapat kecaman awam dengan berkata, “Adakah kamu mahu mengusir orang yang mahu menyelamatkan nyawa orang lain? Tindakan keras berdarah yang akan bermula. Kini polis Hong Kong telah kehilangan kawalan! Kerajaan Hong Kong mula menjadi gila. Hinggakan doktor dan jururawat yang mahu menyelamatkan nyawa orang lain turut ditahan dan diikat seperti banduan.”

Beberapa orang wartawan turut ditahan dalam kejadian pagi 18 November itu. Dua wartawan dari Hong Kong Independent Media Network dalam perjalanan keluar dari bangunan Lee Shau Kee (Y Block) di utara dan telah diperintahkan untuk beredar menuju Jordan Road. 

Kemudian pihak polis meminta wartawan ini menaikkan tangan mereka dengan satu tangan, dengan satu diarah bergerak perlahan ke hadapan untuk melakukan geledahan tubuh. 

Polis turut menahan pegawai pertolongan cemas di pintu masuk hadapan dengan mengikat tangan mereka menggunakan tali.

Dua wartawan diminta untuk menunjukkan kad pengenalan dan kad media. Siaran langsung dari Hong Kong Independent Media Network juga diperintahkan untuk dihentikan penyiarannya.

Menurut laporan berita dari Hong Kong Journalists Association (HKJA) di lokasi kejadian, sekurang-kurangnya enam pelajar yang juga wartawan universiti telah ditahan kerana gagal menunjukkan pas media yang diperakui oleh pihak polis.

Kampus Universiti Politeknik Hong Kong menjadi seperti medan perang. Ahli Parlimen Denmark, Uffe Elbaek berkata berita mengenai situasi di Hong Kong amat menyedihkan.

Konflik yang berlarutan sejak Jun lalu, bermula secara aman kini menjadi semakin serius membabitkan laporan penyalahgunaan kuasa pihak polis dengan serangan seksual dan penyeksaan tahanan dalam lokap polis.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular