HONG KONG – Penggunaan senapang dan pelbagai senjata berbahaya yang lain dilaporkan telah digunakan oleh pihak polis bagi menghadapi konfrontasi yang dijalankan oleh penunjuk perasan di kawasan kampus.

Anthony Kwan/Getty Images)

Menurut laporan, pihak polis bertindak mengepung keseluruhan kampus Universiti Politeknik (PoliU) semenjak 16 November lalu selain telah menembak gas pemedih mata, projektil serta telah menggunakan meriam air.

Difahamkan bahawa penunjuk perasaan telah menghalang kelancaran trafik di salah sebuah lebuh raya utama iaitu terowong Cross Harbour yang menghubungkan pulau Hong Kong ke semenanjung Kowloon pada minggu lalu dalam usaha untuk menekan kerajaan bagi menjawab tuntutan mereka.

Ahad lalu, polis telah mengeluarkan amaran kepada para penunjuk perasaan agar mereka segera meninggalkan kampus dan mereka juga difahamkan telah menutup laluan jalan di kawasan berkenaan menyebabkan ratusan individu terperangkap di sana.

Anthony Wallace/AFP via Getty Images

Pada tempat yang berbeza sepanjang hari Isnin pula, berpuluh-puluh individu telah melarikan diri dari kampus universiti walaupun telah dikepung oleh polis. Mereka telah membuka pagar dan menggunakan tali dengan menjatuhkannya daripada jambatan

Sebahagian daripada mereka pula didapati melarikan diri dengan menaiki motosikal ekoran pihak polis melancarkan tembakan projektil. Sungguhpun begitu, Presiden Kesatuan Pelajar PolyU, Derek Liu Kin-Kwan menganggarkan bahawa masih terdapat kira-kira 500-600 orang pelajar yang terperangkap di dalam kampus.

Ye Aung Thu/AFP via Getty Images

Berdasarkan rakaman video yang menular di laman sosial pada Isnin menunjukkan pihak polis kelihatan seperti telah menggunakan bom tangan yang berupaya menyebabkan masalah pendengaran dan pengelihatan sementara kepada para penunjuk perasaan.

Anthony Kwan/Getty Images

Sewaktu sidang media pada 18 November, jurucakap polis juga tidak menafi mahupun mengesahkan penggunaan bom tangan berkenaan dan dakwaan yang memperlihatkan pihak polis memegang senjata seperti senapang.

Namun menurutnya, pihak polis telah dilengkapi dengan senjata sedemikian sepanjang masa dan mereka akan menempatkan penembak tepat dan unit khas jika perlu. “Kami sentiasa mempunyai keupayaan dan akan menggunakannya jika perlu”, katanya sambil memberi amaran agar orang ramai tidak mendekati kawasan itu.

Dale de la Rey/AFP via Getty Images

Sejak hari Ahad, polis rusuhan dilihat membawa senapang dan ia disahkan oleh kumpulan hak asasi manusia Amnesty International, yang mengesahkan bahawa ia adalah senapang peluru hidup, berbanding dengan revolver yang telah digunakan polis sebelum ini. Dan ini menandakan peningkatan terhadap kekuatan pihak berkuasa”, kata kumpulan itu.

Sehari sebelum itu, polis juga telah menggunakan peranti sonik yang dipasang di atas trak perisai yang mengeluarkan satu bunyi kuat selama 3 saat. Ekoran daripada itu, wartawan yang berada di tempat dilaporkan mengalami gangguan dan sakit kepala. Namun, polis menjelaskan bahawa ianya merupakan sistem penyiaran dan bukannya senjata.

Laurel Chor/Getty Images

Polis juga memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak membantu perusuh dalam apa jua cara atau mereka akan berhadapan dengan tuduhan terlibat dengan rusuhan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Mereka juga menyatakan bahawa jika penunjuk perasaan terus melakukan perbuatan berbahaya, maka pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan kekuatan minimum yang diperlukan untuk melawan kembali.

Pengarah Amnesty International Hong Kong, Man-Kei Tam, mengutuk tindakan pihak polis yang mengepung kampus selain melancarkan tembakan pelet kepada penunjuk perasaan yang sedang melarikan diri, dengan merujuk pihak polis ‘lagi mengeruhkan keadaan dengan api keganasan ketika penunjuk perasaan cuba untuk meredakannya’.

“Ketika penduduk Hong Kong memerlukan kemanusiaan daripada mereka yang berkuasa, malah mereka hanya menerima gas pemedih mata, dipukul serta ugutan dan ancaman daripada pihak berkuasa”, tambahnya. Ini mengakibatkan seramai 116 individu yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk dirawat.

Pada lewat hari Isnin, sekumpulan besar penduduk Hong Kong dilihat telah membentuk rantaian manusia yang besar di Jalan Jordan berhampiran dengan kampus bagi memberi bekalan kepada para penunjuk perasaan di dalam PoliU.

Philip Fong/AFP via Getty Images

Menurut laporan RTHK, seramai 20 orang pelajar telah dibawa keluar daripada kampus setelah Jasper Tsung, seorang ahli politik pro-Beijing bersama dengan pemegang sarjana undang-undang, Eric Cheung bertindak sebagai perantara bersama pada pagi Selasa.

Terdahulu pada hari Isnin,  ratusan penunjuk perasaan, termasuk mereka yang berpakaian hitam dan formal mengambil bahagian dalam solidariti dengan menjerit slogan “Selamatkan PoliU”.

Dale de la Rey/AFP via Getty Images

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Hong Kong telah mengumumkan bahawa penguatkuasaan undang-undang anti topeng ketika perhimpunan umum telah dihentikan, di mana ia telah diperkenal dan dilaksanakan sejak bulan Oktober lalu oleh pemimpin Hong Kong, Carrie Lam.

Setakat ini, hanya 3 orang telah ditangkap berikutan dengan undang-undang topeng muka ini dan menurut pihak polis, hanya seorang sahaja yang telah didakwa. Pihak polis juga difahamkan akan berbincang dengan Jabatan Kehakiman bagi mengadili kes berkenaan.

Laurel Chor/Getty Images

Untuk protes besar-besaran sejak bulan Jun lalu, polis difahamkan telah menahan seramai 4,491 orang dalam lingkungan umur 11 hingga 83 tahun yang didakwa atas pelbagai dakwaan seperti merusuh, memiliki senjata berbahaya, memulakan kebakaran dan menyerang pihak berkuasa.

Jurucakap kementerian luar China pada hari Isnin mengulangi sokongannya terhadap pihak berkuasa Hong Kong dengan berkata, “polis dengan tegas menguatkuasakan undang-undang dan badan kehakiman Hong Kong membawa penjenayah ganas ke pengadilan mengikut undang-undang”, katanya.

Dia juga menolak kritikan Beijing oleh pegawai Barat sebagai fitnah dan campur tangan asing dalam urusan domestik. Semasa sidang akhbar di London, Duta China ke United Kingdom, Liu Xiaoming, juga mengulangi naratif rejim China bahawa negara-negara asing menimbulkan kekacauan.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menggesa kerajaan Hong Kong untuk mengambil langkah yang jelas untuk menangani kebimbangan orang ramai.

“Rusuhan dan keganasan tidak dapat diselesaikan oleh usaha penguatkuasaan undang-undang sahaja,” katanya. Beliau berkata kerajaan China mesti menghormati janji-janjinya kepada rakyat Hong Kong, yang hanya mahu kebebasan dan kebebasan yang dijanjikan”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular